Salam..
Pastinya korang pernah mengalami situasi dimana baru sahaja lepas makan tetapi perut cepat rasa lapar kembali. Ini akan membuatkan korang nak makan banyak kali. Ianya tidak baik untuk penjagaan kesihatan dan juga boleh menyebabkan penambahan berat badan dan kegemukkan. Tapi makan banyak kali yang menyebabkan badan cepat gemuk ye!

1) Minum terlalu banyak minuman manis
Hasil daripada kajian oleh University of California di San fransisco mendapati bahawa kandungan gula boleh menipu otak terhadap keinginan untuk makan lebih banyak. Ia menghalang hormon Leptin daripada memberitahu otak bahawa korangsebenarnya dahpun mendapat makanan secukupnya.
(2) Makan makanan bertin
Makanan di dalam tin terdedah kepada bahan kimia seperti bisphonel-A atau BPA, yang turut mempengaruhi hormon Leptin seseorang. Ia akan menyebabkan seseorang untuk makan banyak kali dan juga dikatakan sebagai punca terhadap masalah obesiti.

(3) Sarapan pagi yang tidak mencukupi
Hasil kajian terhadap 6746 orang yang dijalankan selama 4 tahun mendapati bahawa seseorang yang mengambil sarapan yang mengandungi 300 kalori pada waktu pagi akan meningkatkan pertambahan berat badan sebanyak 2 kali ganda berbanding orang yang mengambil 500 kalori. Ini kerana sarapan pagi yang tidak mencukupi akan menyebabkan seseorang untuk makan banyak kali sepanjang hari.
(4) Kurang minum air masak
Tubuh badan yang kurang air akan menyebabkan seseorang untuk makan lebih banyak kerana ia meningkatkan tahap kelaparan. Sebaiknya, sebelum makan, minumlah air masak terlebih dahulu.

(5) Kebosanan
Hasil daripada kajian penyelidik dari Flinders University, Australia mendapati bahawa kebosanan akan meningkatkan keinginan seseorang untuk makan lebih banyak. Jadi isi lah masa terluang dengan aktiviti yang berfaedah. Jangan biarkan diri korang kebosanan seterusnya cenderung untuk makan dengan banyak.
P/s: Elakkan diri korang daripada melakukan perkara yang boleh merosakkan diet dan cubalah beriadah selalu.





{ 6 comments… read them below or add one }
Semua dia atas tu memang betull…

Nurul recently posted..Bergumbira di Digi Wow Awards
saya suke mcm tu >_< makan makan dan makan badan still kurus.
rosalia recently posted..Taktik Si Pak Cik Haji
saya rasa yang diatas tu semuanya betul pada saya.. cepat sngat rasa lapar.. kena ada perubahan la lepas ni..

comelnya telur tu..
Madam Riena recently posted..Ceritera
bosan kot. tu yang makan banyak.
ohcikgu recently posted..Tips dan Soalan Exam Peperiksaan Penolong Akauntan W27
risau gemuklah..ho3
spudin recently posted..Stick With Nuffnang And You’ll Get Pay !
Betul2
hee.
Sally Yatiey recently posted..Sahabat baik