5 Sebab Hati Tidak Tenang

by Pen Merah on July 10, 2012

in TIps dan Petua

Salam semua..

Tadi aku sibuk berblogwalking ternampak pulak entri ni antara sebab Hati tidak tenang. Aku rasa semua orang akan mengalami perasaan tidak tenang cuma apa,kenapa dan bila itu jek yang berbeza ye dak? Jom kita tengok kenapa hati tak tenang.

24872 388055974227 197674079227 3711491 6714637 n 5 Sebab Hati Tidak Tenang

Pemarah l Panas Baran

Orang yang kerap pemarah atau panas baran seringkali mempunyai hati yang tidak tenang dan susah mendapat kawan. Pentingnya kawan ni sebab boleh berkongsi kesedihan dan meredakan kemarahan. Jadi, kawallah sikap panas baran korang ye.

Pendendam

Dendam ni boleh ada dalam diri semua orang jugak cuma bezanya macam mana korang menyalurkan rasa dendam tu dengan cara yang betul. Andai korang berdendam dan menggunakan perasaan tu dengan cara yang salah, setiap apa yang dibuat korang takkan rasa puas dan hati takkan pernah rasa tenang.

tumblr lv7zjoEF2b1qm260wo1 500 5 Sebab Hati Tidak Tenang

Hasad Dengki

Bila ada perasaan hasad dengki, keinginan untuk menjatuhkan sesama sendiri memang ketara dan boleh menyebabkan hilang ikatan saudara. Sekeras-keras hati manusia ada lembutnya dan walaupun sikit pastinya ada rasa bersalah dan kat sini timbulnya rasa hati yang tidak tenang.

Tamak

Mengambil petikan dari blog adik ini  Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yang diminum tetap tidak habis jugak. Bagi aku, cukuplah sekadar bersederhana dalam hidup tak perlu terlalu kaya dan terlalu miskin. Tapi kalau miskin, jangan salahkan takdir cubalah berusaha untuk menjadi lebih baik.

Ego

Mempunyai perasaan ego seringkali menyebabkan kita berasa riak dan meninggi diri. Biasanya orang yang ego ni susah untuk mengalah dan selalu nak menang ibarat kalau bertemu buku dan ruas baru tahu langit tinggi dan rendah dan masa tu la baru tersedar selama ni hati tidak tenang rupanya.

P/s: Bagi aku, hati tidak tenang sebab kita tak pernah rasa cukup mahupun bersyukur dengan apa yang dimiliki. Mungkin ada yang terasa selesa ada perasaan macam ni tapi bagi aku, semua tu hanya menyusahkan orang disekeliling. Sesekali hati tu kena pergi servis jugak. hikhik. Korang rasa macam mana?

 

{ 13 comments… read them below or add one }

AlyzaFisol July 10, 2012 at 4:01 am

ingatlah Dia selalu, nescaya kurang la rasa tidak tenang tu… :)
AlyzaFisol recently posted..Sistem Aircon di Paradigm Mall jatuh dari Siling Hempap StarbucksMy Profile

Reply

boy July 10, 2012 at 4:08 am

aku rindu kan dia
semalam aku ngan dia gadoh kau2
ntah lah ape nk jdi own x tau dah..xpe lah mybe dia ade org laen kan..ermmmm…
biarlah ape yg dia nk bt kan asal kan dia bahagia dah lah kan..
aku x kesah own lah lau dia dah xde dalam hti aku nier kan
bnyak lagi kat dalam dunia nier kan …

Reply

aslam July 10, 2012 at 4:31 am

sabar je le

Reply

Widah July 12, 2012 at 11:56 am

Hm sama lah kitaa :(
Widah recently posted..Hmm Hmm Arghhh !My Profile

Reply

juwaniey July 10, 2012 at 4:09 am

urm , sbar dn tenang itu lebih dari sgalanya ! :)

Reply

Madam Riena July 10, 2012 at 4:10 am

dekatkan diri kita pada Dia.. itulah jalan penyelesaian yang lebih baik.. (^_^)
Madam Riena recently posted..WeekendMy Profile

Reply

zuan July 10, 2012 at 5:24 am

ego tu yang susah nak buang kan.. melalui yg zuan baca, nak buang ego ni, kena banyak bersedekah dan humble kan diri.. insyaAllah leh :)
zuan recently posted..> GTO RemakeMy Profile

Reply

nur aynie July 10, 2012 at 7:47 am

pendendam? uhuiiiii….=)

Reply

Nurul July 10, 2012 at 8:03 am

Setujuuuuuu.. ;)
Nurul recently posted..Saya Mintak Maaf…My Profile

Reply

nikma ima July 10, 2012 at 8:58 am

hemm..toi ssh lhr nk buat smua tu..

Reply

Iskandar July 11, 2012 at 8:09 am

Saya ni kalau dah berdendam memang habis-habisan saya balas dendam tapi kalau dah sejuk lupe jeelah

Reply

Manja July 11, 2012 at 11:33 am

Ermmm

Reply

MissLastMinute July 14, 2012 at 5:05 am

ermm..sifat ego tu mmg sy de. but , yg mmbuat kn sy rse hti xtenang tu coz.. sy sunyi sgt2 :(

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post:

SKYBOX MURAH! MURAH! MURAH!