5 Tips Kurus

by Pen Merah on March 28, 2012

in Sihat dan Kurus

Salam..

Senaman

Tips kurus paling berkesan adalah melakukan senaman selama 20 minit, sebanyak 3 kali seminggu. Bagi yang sedang berdiet, sebaiknya lakukan secara seimbang dan mengikut kemampuan diri. Mulakan dengan perlahan-lahan supaya tak membebankan badan.

417103 193427640757486 100002707557215 257441 1854615309 n 5 Tips Kurus

Makan Makanan Sihat

Seimbangkan diet korang lebihkan buah, sayur dan ikan. Kurangkan daging merah dan makanan ringan. Ada jugak tips untuk kurus menyatakan menyimpan buah epal hijau di dalam peti sejuk dan gantikannya menjadi snek apabila berkeinginan untuk mengunyah patut diamalkan. Gantikan juga air berkabonat dengan jus seperti epal hijau, carrot, oren, limau dan andai diberi pilihan, amalkan pengambilan yogurt.

Kurangkan Makan

Kawal diet dengan makan hanya pada waktu yang betul dan kuantiti yang berpatutan. Salah satu tips diet kurus lagi adalah dengan mengurangkan separuh dari kadar pemakanan korang sebelum ini contohnya sebelum ini korang makan 2 senduk nasik, ketika dalam proses diet cuba kurangkan kepada 1 senduk sahaja.

Tips diet untuk mengurangkan makan juga boleh dilakukan dengan menambahkan serat yang banyak di dalam diet. Makanlah sehingga 5 kali hidangan berupa buah-buah dan sayuran. Diet buah-buahan ini boleh juga di ambil diantara waktu makan jadi perut tidak kosong dan lapar.

IMG 1470 5 Tips Kurus

Eskpresi Diri ~ Lakukan apa yang korang ingin lakukan.

Katakan apa yang korang rasa ingin katakan serta lakukan segala yang betul untuk diri sendiri. Sibukkanlah diri dengan aktiviti kegemaran, jangan membiarkan masa terbuang begitu sahaja kerana boleh mengelakkan dari korang berfikir untuk makan apabila bosan sebaliknya akan sentiasa gembira dan ceria. Begitulah ekspresi diri juga turut menyumbang dalam mengrealisasikan program kurus.

Kawal emosi

Satu lagi tips kurus yang tidak harus dilupakan dalam program kurus  iaitu bijak mengawal emosi dan pemikiran maka korang akan bersedia menerima sebarang kebarangkalian dalam hidup. Tingkatkanlah keyakinan diri dan hargai diri sendiri pastinya melakukan yang terbaik kepada diri sendiri.

Sebenarnya tabiat pemakanan juga ada kaitannya dengan emosi diri jadi untuk merealisasikan diet kurus, pastikan pengawalan emosi yang terbaik. Diet kuruskan badan akan lebih berkesan dengan mengamalkan gaya hidup sihat.

P/s: Nak kurus nih jangan hanya tumpu kepada cara pemakanan jek sebab emosi dan persekitaran memainkan peranan penting. Kalau emosi tak stabil, macam mana nak hapi. Kalau tak hapi macam mana nak berdiet kalau mood asyik nak melantak jek setiap masa. Fikir – fikirkan. Selamat menguruskan badan. Wuwuwuuu.

{ 8 comments… read them below or add one }

eera shera March 28, 2012 at 2:13 pm

tips yg bagus ni..TQ
eera shera recently posted..Tudung Bawal Online dan mini giveaway!My Profile

Reply

Joel Leslie March 28, 2012 at 2:20 pm

huhuhuhu. klu nak kurus tapi degil nak mkn bnyk + xnak exercise blh? :b HEHEHE.
Joel Leslie recently posted..CONTEST HEBAT | Ayat Hebat Tanpa NoktahMy Profile

Reply

zuan March 28, 2012 at 3:09 pm

paling terbaik nak kurus is jejalan shopping.. tapi dengan niat nak dapat barang terbaik dalam harga termurah.. so kita akn keep jalan je mencari barang tanpa sedar dah 2-3 jam jalan, sebab agak mustahil nak jumpa apa yang dicari.. lol
zuan recently posted..> Kalah Di Awal Perlumbaan, Tapi Menang Di HujungnyaMy Profile

Reply

maya mustwany March 28, 2012 at 3:55 pm

fuhh macam mas pgi breakfast, tghri tak makan.kul 7 baru makan tadi ambik sikit.hihihi.hope susut lagi.amin.hihihi
maya mustwany recently posted..Rahsia Personaliti DiriMy Profile

Reply

cumi94 March 28, 2012 at 5:31 pm

tips yg bagus! Nak cubalah..Hihi..
cumi94 recently posted..Review:The Hunger Games.My Profile

Reply

NadyaBubble March 30, 2012 at 3:49 pm

Kita nak tips naikkan berat badan -.-
NadyaBubble recently posted..#34 Wordless Wednesday – I’m HotMy Profile

Reply

9n0L4 April 20, 2012 at 9:50 am

nak kongsi jugak. hee.
farizafairuz.blogspot.com/2011/11/nak-kurus-nak-kurus-kurus.html
9n0L4 recently posted..Giveaway Herba TiharaMy Profile

Reply

aziz September 21, 2012 at 12:13 pm

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post:

SKYBOX MURAH! MURAH! MURAH!