0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

“Inilah Keberkatan Mendoakan Orang Lain”- Pendedahan Seorang Wanita Yang Wajib Kita Baca

doa

Seorang wanita telah mendedahkan kelebihan apabila seseorang itu sering mendoakan orang lain.

Wanita bernama An ini berkongsi kisah dari pengalaman hidupnya yang dilimpahi keberkatan mungkin kerana habitnya yang selalu mendoakan untuk orang lain.

Jom baca: (sumber: IIUM)

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum pembaca yg dirahmati Allah.

Post ini aku tujukan pada orang-orang yg selalu mengharap agar doanya dimakbul Tuhan & yang selalu memikirkan cara bagaimana untuk mudah mendapatkan apa yg dihajati. Seperti tajuknya, apa yg ingin aku kongsikan ini semuanya adalah dari pengalaman diri sendiri. Aku sekadar ingin berkongsi ttg sebuah ‘habit’ yang banyak membawa keajaiban dalam kehidupan. Sebelum bercerita lebih lanjut, eloklah aku ceritakan serba sedikit tentang diri. Agar apa yg ingin disampaikan lebih mudah difahami jalan cerita dan susun aturnya.

Baiklah. Namaku AN, berumur 26 tahun dan sudah berkahwin. Bukan graduan iium, cuma seorang pemegang ijazah sarjana muda undang-undang dr sebuah universiti tempatan lainnya. Secara peribadinya, aku bukanlah orang alim, jauh sekali orang yg hebat dalam agama. Aku cuma seorang hamba yg sederhana akhlaknya. Aku juga macam hamba Allah yg lain, tiada yg hebatnya dlm beramal, juga seorang pendosa. Namun aku mempunyai satu tabiat yg aku sendiri taktau dari mana datangnya, iaitu sangat suka mendoakan orang lain.

Hatta orang – orang yg aku tak pernah kenal sekalipun, orang asing atau orang-orang yg aku ‘berselisih’ di jalanan. Aku ni bukanlah hamba yg sempurna,sekadar menjaga yg fardhu, dan memperbanyakkan yg sunat bila mampu& rajin. Biasa-biasa saja. Tapi yg aku perasan, Allah banyak sangat makbulkan doa-doa aku, pada waktu dan saat yang tak terjangka.

Banyak juga peristiwa dalam hidup, yg kalau diikutkan kemampuan diri, mungkin tidak mampu aku nak capai, tapi Allah bagi. Walaupun bukan lah semua, namun ianya banyak. Kalau dalam 10 doa atau hajat, mungkin 8 daripadanya Allah makbulkan.. Sampai kadang2 aku rasa, apa je yg aku buat sehingga dapat ‘lebih’ dari apa yang aku layak terima.

Kisah yg pertama, aku teringat satu peristiwa masa aku ditahun akhir pengajian, aku agak rapat dengan makcik-makcik cleaner dikolej kediaman aku. Mungkin kerana aku mudah simpati pd org, aku jadi suka bergaul dgn kelompok mcm ni. Aku selalu doa semoga Allah mudahkan urusan hidup makcik2 ni semua, dimurahkan rezeki dan selalu dlm kecukupan. Tiapkali aku nampak dorang, aku akan doa. Sama juga kalau aku nmpk pakcik keje kutip sampah, mesti akan spontan doa semoga Allah murahkan rezeki pakcik tu dan berikan dia apa jua kebahagiaan yg menggembirakan dia walau dlm bentuk apa pun.

Tp antara ramai-ramai tu, ada sorang makcik ni yg betul2 buat aku sebak. Makcik ni selalu cerita kat aku yang dia teringin sangat nak pegi mekah, tp macam mustahil sbb duit yg ada cukup cukup makan je. Pernah sekali, aku turun cafe pegi makan, aku nmpk makcik ni termangu sugul je dpn mesin tengok balance akaun dia, dan hari tu hari gaji.

Mungkin dia tunggu gaji yg belum kunjung tiba. Mcm mana aku tau, sbb aku selalu sembang dgn makcik ni. Dan itulah kemuncak rasa aku, yg buat aku nangis sepanjang perjalananan balik bilik. Terfikir, Ya Allah.. Mcm mn nk pegi umrah kalau duit makan pun cukup2. Aku kesian sangat tengok dia selalu mengharap tp benda yg diharap tu berada diluar jangkauan. Masa tu la aku belajar erti syukur yg sebenar benar syukur bila bergaul dgn org org begini. Dan airmata tu tak habis kat situ.

Bermula saat tu, tiapkali aku solat dhuha, aku selalu doakan makcik ni dpt pergi umrah. Sungguh sungguh aku doa, semoga Allah jemput dia ke tanah suci dlm keadaan dia masih sihat begitu. Setiapkali dhuha, boleh dikata hari hari aku doa untuk dia. Padahal aku pun belum pernah pegi umrah. Jadi apa yg termampu aku buat, hanyalah ..Doa..Doa..dan Berdoa.

Dan itu aku jadikan rutin sampailah semester akhir, sehinggalah lagi 3 minggu sebelum aku habis belajar.. Aku mcm perasan yg aku dah lama tak nampak makcik ni. Dua minggu jugaklah aku mencari, Tiba2 ms minggu exam, lagi seminggu nak habis belajar, akhirnya aku ternampak dia. Dan dia bagitau, dia baru balik dr umrah.. Allahuakbar. Kata dia, ianya tiba-tiba. Rezeki yg tiba-tiba. Orang bagi, dan dia pergi. Allah.. Aku syak sumbangan kerajaan negeri atau sumbangan individu lain, tp entahla aku taknakla tanya mn sumber dia,kecik plak hati dia kang, sbb aku tau anak2 dia tak keje & ikut pd kewangan dia, lagi lah tak mampu. Yg aku tau, dia terpilih.. Allahuakbar, Allah je tau aku happy mcm mana time tu. Weh, dah tentulah bukan sbb doa aku, tp sbb kuasa Allah dan mungkin berkat doa dan sabar dia selama ni. Aku cuma happy, sbb itu bukan hajat dia saja. Tp ianya juga dah menjadi hajat aku, dan dipihak aku..telah Allah makbulkan hajat nk tgk dia pegi umrah.

Ada satu lagi kisah ditahun akhir, kalau tadi aku cerita tentang mendoakan rezeki orang, kali ni aku cerita tentang mendoakan jodoh orang. Aku ni bukanlah jenis yg suka hu-ha, dan berkawan dalam kelompok yg ramai-ramai. Its just my nature, yg pentingkan quality over quantity dlm bersahabat. So kalau rasa tak kena je dgn someone, aku akan jarakkan diri or I’ll just leave. Jadi sesiapa yg aku betul2 rapat tu, mmg aku akan sayang sangat2.

OK pendekkan cerita, Aku ada sorg kawan baik yg sgt rapat dgn aku. Kemuncak ceritanya bila, kawan baik aku ni clash dgn pakwe dia dan ex dia tu terus tunang dgn orang lain. Mmg tak keruan aku tgk kawan baik aku ni. Dia ni tudung labuh, solat jaga, suka usrah dan pergi majlis agama. Aku rs dia clash pun sbb dia tk mencintai laki tu mcm yg laki tu harapkan. Biasalah lelaki kadang2 nak lebih dlm hubungan, call selalu ke, message sayang2 ke, tp kawan baik aku ni jenis menjaga jugak, so mungkin laki tu rasa tak disayangi sbb perempuan ni jarang meluah. Tp yg parahnya bila, orang yg susah jatuh cinta apatah lagi cinta pertama mcm kawan baik aku ni, kena tinggal. Meroyan jugak wey dia, hwaa. Mmg sedih sgt aku tengok dia time tu. Bila dia cerita psl laki tu, aku pun sama nangis. So aku selalu bwk dia keluar jalan2 and tenangkan dia.

Nak dekat setahun, sampai habis sem dia dgn perasaan dia. Dan aku sbg sahabat dh tak sanggup lagi tgk, aku pun kenalkan dia dgn sorang kawan lelaki yg bg aku mmg baik, geng2 taklim jugak.Harap dia boleh move on. Dan dalam masa yg sama, aku selalu doa utk kawan aku ni, semoga Allah bg dia jodoh yg terbaik, yg boleh mencintai dia macam yg dia mahukan, yg kena dgn jiwa dia & seperti yg dia harapkan. Habit aku bila doa, mmg selalu doa yg details2. Walaupun doa tu untuk org lain dan wpun masa tu jodoh aku pun aku tak sure siapakah dia dan dari planet manakah ia. Haha! K Sadis.

Tapi diakhirnya, .. Allah perlihatkan keajaiban demi keajaiban dalam hidup, bila apa yg aku doakan untuk orang, berbalik pd diri aku.. Dengan cara yg cukup indah. Bayangkan saja tak lama lepas aku habis belajar, tiba2 mak aku cakap nak bawa anak2 pergi umrah.. Aku yg tak pernah terfikir pun akan pergi diusia muda, apa lagi dgn pakej vvip dan sebagainya, Allahuakbar, teruja wey! Tak pernah disangka seawal itu. Dahla baru habis belajar, and baru baru je mula kerja dgn gaji permulaan yg ciput sbg fresh grad, mmg tak dpt lah aku nak pegi mana2 mcm orang lain.. Hidup mmg struggle for survival je.. Jd time tu, aku tak penah terfikir pun nak buat apa-apa or ada apa-apa. Kahwin apatah lagi!

Diusia 23 tahun, apa je kau mampu buat kan. Itu kata aku. Baru nak adapt real life orang kata,tp seperti yg kita tahu, rezeki Allah tu tak boleh dijangka. Dan sungguh, Dia memberikan rezeki pada sesiapa sahaja yg Dia kehendaki. Alhamdulillah. Aku dpt pegi dgn mudah, dan percuma. Subhanallah.

Dan yg lebih membuat aku terkesan, pada tahun yg sama juga, aku dipertemukan dgn seorang lelaki (yang kini suami), yg bg aku adalah org yg sangat asing, entah asal dari mana, dan tak semena-mena berkawan dan….Terus Bernikah. Hahaha.

Allahuakhbar. Ya, aku kahwin tahun yg sama aku grad, betul2 dua minggu lepas grad bulan 12. Bayangkan masa tahun akhir belajar tu, mak aku penah sound, “kamu ni kakak kurang sangat berkawan, mcm mana nk dpt jodoh.”Dan jujurnya aku ni mmg benci bercinta (sejak clash first love). haha. Sejak tu aku tak pernah layan laki, sbb aku tak suka keep experimenting with love and relationships, it will just degrade my value as a woman.

Mungkin rezeki aku Allah bg kecantikan dan rupa yg baik,tp aku takpernah gunakan tu utk pikat lelaki. Jadi walaupun ramai yg suka dan nak berkawan, tp aku biar. Aku tak penah balas message2 cinta, apa lagi keluar dgn lelaki. Dan hikmahnya sejak putus cinta pertama, aku sgt menjaga diri. Tapi perancangan Allah, dalam pada aku menjaga aku, Allah mudahkan urusan jodoh aku. Dengan kuasa Allah, dan cinta pandang pertama, orang kata..masa mula2 lelaki tu confess suka aku, hati aku terus terbuka. Terus aku bagitau mak aku psl dia. Tp mak aku tak percaya, dia kata entah dr mana2 lah datang. Dengan bidang yg jauh berbeza, laki tu doktor perubatan, lulusan overseas, dan dia mmg sungguh2 nak aku. hihi malu pulak. Dan disebabkan apa yg aku cerita seems too good to be true, mak aku tak percaya langsung. Dia takut aku kena tipu, sampailah lelaki tu bawa family dia dtg jumpa parents aku dan disitulah segalanya bermula. (masa ni lah aku start angau hahahaha)

Tak lama lps tu, kami bertunang, dan 2 bulan seterusnya bernikah:) Oh ya, aku kenal laki ni masa ayah aku sakit and been hospitalized for months, aku jd rapat dgn dia masa ni sbb kami banyak berkongsi ttg hal ayah aku, treatment, medication and so on.

Dan jujurnya, selepas perkahwinan itulah, aku rasa apa yg pernah aku doakan untuk orang dulu, semuanya datang bertimpa2 kat aku balik.. Kalau dulu aku doa org pegi Mekah, kalau dulu aku selalu doa jodoh yg baik utk kawan aku, Allah mudahkan urusan aku utk dapat yg sama, dan yg lebih indah, masa first anniversary kami.. adalah di Kota Mekah al Mukaramah. Hanya Allah yg mengerti keindahan yg aku rasakan saat berada disana, dgn jodoh yg dipilih Allah kalau dulu aku mendoakan sahabat itu dpt lelaki yg baik, yg memenuhi citarasa(dan alhamdulillah mereka sudah pun berkahwin) .. Besarnya kuasa Allah, Dia juga memberi yg sama untuk aku. Malah aku rasakan, lebih lagi. Terlalu baik, suami aku. Terlalu rajin membantu,kadang tu, tau tau je dia yg basuh baju dan keringkan kat dobi sendiri. Tinggal aku je lipat.

Dia kata, dia taknak aku susah2 pakai tudung keluar rumah utk sidai baju. Allah.. Dan dia sangat penyayang, penyabar, selalu bergurau senda dan usik2 aku yg buatkan aku selalu tak berhenti gelak bila dia ada. Dia jugak yg selalu bawak aku travel overseas,tempat2 yg aku teringin nak pegi..tp tak mampu. Tp dgn rezeki melalui dia, Allah izinkan.. Kalau dulu aku selalu mendoakan orang2 yg aku temu dijalanan, agar beroleh apa jua kegembiraan, Allah limpahkan pada aku kegembiraan demi kegembiraan dlm hidup ..dgn caraNya yg tersendiri.

Paling aku terharu, masa aku mula bekerja dulu, tempat kerja aku jauh..dan aku perlu berulang melalui highway utk pergi dan balik. Dan sepanjang perjalanan balik, tiapkali aku jumpa orang naik motor, terutama yg kena berteduh masa hujan, aku mesti doakan semoga Allah mudahkan urusan hidup dia, luaskan rezeki dan kemampuan dia,beri dia kenderaan yg baik..

Kesian sgt, bila ada terpaksa behenti dan terkial2 sarungkan baju hujan. sedih weh. Walaupun aku tau kadang2 org yg naik motor tu ada je kereta tp aku saja doa.. Seolah menjadi habit spontan. Apa lg kalau nmpk suami isteri kendong anak atas motor, Allah. Berjurai airmata sambil doa,semoga Allah beri mereka sekeluarga kenderaan yg baik.

Tetapi yg paling aku tak sangka, setahun lepas aku bekerja, dgn gaji yg masih ciput.. Dari Viva, Allah izinkan aku untuk memiliki kereta idaman yg harganya hampir RM200000. Allah.. Diusia 25 tahun ketika itu,mana lah aku mampu.. Mungkin org boleh cakap..ala standard la dah keje boleh buat loan. Tak wey, tak.. gaji aku kereta myvi pun tak lepas apa lagi kereta SUV.

Tp masa tu lah aku rs, ini semua mungkin berkat suka mendoakan orang. Tak pernah aku terfikir, aku akan dapat hadiah hari jadi sebuah kereta idaman aku dgn color favourite lagi, dan siapa yg beri. Suami aku, jodoh aku yg Allah pilih ini,dialah yg menghadiahkan. Allahuakbar.. Jujur aku katakan, banyak sgt perkara yg aku nak dlm hidup, tp kebanyakannnya aku dpt bukan dr hasil usaha aku, tp seolah pemberian Tuhan melalui org lain. Aku tak pernah terbeban dgn bayaran kereta, duit gaji mmg khusus hanya utk aku makan,shopping atau travel. Pegi mekah pun, org bawak. Pegi travel pun, orang sponsor. Itulah kemuncak yg aku rs, benarlah.. bila kita mendoakan org, malaikat juga akan mendoakan yg sama. Kita akan dapat yg sama.

Dan dari sebuah habit itu jugalah, Allah lindung diri dr rasa hasad. Kalau aku cakap aku sgt susah nk dengki dgn orang, dan tak faham kenapa orang dengki mendengki..mesti orang tak percaya. tp itulah aku. Aku semacam tak reti nk dengki dgn orang. Aku suka tengok orang lain happy,dapat kehidupan bahagia dan dapat apa yg dia nak. Tipulah kalau aku cakap aku tak pernah ada sedih dlm hidup, Allah tetap juga menguji aku, contohnya aku pernah kehilangan anak, dan masih tidak mempunyai zuriat. Tapi alhamdulillah aku tak pernah ada rasa tak senang, bila tgk org post2 gambar anak, cerita pasal anak.. Sbb bagi aku,itu menunjukkan bahawa Allah itu Maha mendengar Doa, and fairy tales do exist. Allah boleh kabulkan doa mereka utk ada zuriat, adakah Allah akan mengecualikan kau? tak. Aku percaya Allah tengah mempersiapkan yg terindah, mungkin Allah akan gantikan yg hilang itu dgn yg kembar, mana tahu kan? Bagi aku, tiada yg mustahil pd Allah. Kita hanya perlu meminta, berdoa dan yakin dgn kuasa doa. Jadi kenapa perlu hasad, jika kita boleh berdoa utk dapat yg sama? :)  Percayalah, bila kita seronok dgn kebahagiaan orang lain, mendoakan utk mereka, Allah akan beri kebahagiaan pd kita, dgn caraNya yg tersendiri. Aku sangat suka dgn sebuah hadis Nabi, “Tidak beriman salah seorang di antara kalian sampai dia mencintai untuk saudaranya apa yang dia cintai untuk dirinya sendiri.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim dari Anas bin Malik)..

Mungkin bg orang, semua yg terjadi pd aku hanyalah kebetulan. Aku juga anggap, ianya sebuah kebetulan yg indah. Walau apapun ia, aku tetap percaya pd hadis Rasullullah SAW tentang orang yang suka mendoakan orang lain. Sabda Baginda SAW, “Tidak ada seorang muslim pun yang mendoakan kebaikan bagi saudaranya (sesama muslim) tanpa sepengetahuannya, melainkan malaikat akan berkata, “dan bagimu juga kebaikan yang sama,” (hr. Muslim no. 4912).
Subhanallah, Jadi, bayangkanlah.. Bila malaikat yg sentiasa beribadah pd Allah dan tiada dosanya mendoakan kita,apakah kita merasakan Allah tidakkan mendengar?” Semoga kita semua suka melihat bahagia org lain, saling mendoakan sesama muslim dan percaya pd kuasa sebuah doa. Sesungguhnya, doa itu juga termasuk ibadah. Dan percayalah pd janji Allah, kebaikan walaupun sebesar zarah pasti ada balasannya. Oleh itu, janganlah diremehkan apa jua kebaikan walaupun kecil. Kerana boleh jadi yg kecil itulah, mampu membuka seluas-luasnya pintu syurga buat kita. :) Wassalam.
-AN.

Semoga perkongsian ini menjadi ikhtibar buat kita semua. Jangan iri hati dengan orang, doakanlah kebaikan untuk orang lain, InsyaAllah hidup kita juga diberkatiNYA. -PENMERAHDOTCOM

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });