0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Mufti Perlis, Dr MAZA Akhirnya Terangkan Isu Nama “Damia”

mza

Kini penggunaan Damia dikatakan mempunyai nama yang tidak baik.

telah viral isu nama tersebut setelah sepucuk surat dari jabatan agama Pulau Pinang tersebar menerangkan nama Damia bermaksud tempat keluar darah.

Kini Mufti Perlis, Dr Maza tampil menerangkan nama Damia.

Jom baca:

Ramai sangat yang email tanya tentang nama DAMIA. Tidak pasti mengapa ditimbulkan. Secara umumnya dalam kesibulan ini, saya ringkaskan seperti berikut;

DAMIA bukan berasal dari perkataan Arab. Damia mungkin berasal dari Bahasa Greek. Di dalam bahasa Arab ada perkataan DAM دم bermaksud darah. Boleh disebut DAMIYA دمي dalam bentuk fi’l (verb) tapi Arab tidak dijadikan ia nama.

Orang Arab juga ada menulis DAMIA yang mungkin bermaksud دامعة ataupun دميعة yang berasal dari دمع iaitu tangis. Maka ia bermaksud yang menyebabkan menangis dan sering menangis. Mungkin juga boleh difahami bermaksud yang halus perasaannya.

Maka saya simpul tulisan nama DAMIA yang telah dipakai di seluruh dunia itu bukan dari akar perkataan Arab. Mengandaikan DAMIA dengan maksud darah kotor sama sekali TIDAK tepat.

Jika kita mahu anggap semua perkataan dalam bahasa Arab maka kita mungkin ada sedikit kesukaran. Nama MAT jika diandaikan dalam bahasa Arab dari kalimat MAT مات maka bermaksud mati. Itu dalam bentuk fi’il (verb). Perkataan SHAH jika diandaikan perkataan Arab شاة SHAH itu kambing biri-biri. Namun perkataan SHAH yang dijadikan sebagai nama itu berasal dari Parsi. Ia bermaksud raja. Maka tidak timbul makna kambing dalam Bahasa Arab tersebut.

Maka, setiap kita hendaklah tahu apakah maksud namanya ataupun nama yang diberikan kepada anaknya. Dia merujuk kepada bahasa apa dan apa tujuannya. Apapun pilih nama sesuai untuk semua keadaan terutama biar serasi dengan bahasa Arab kerana itu sering dirujuk oleh masyarakat kita.

JUGA jangan kita andaikan nama orang sebagai buruk makna atas bahasa yang kita faham sedang dia mungkin merujuk kepada bahasa lain.

Sekadar ulasan ringkas.

Itulah padangan dari Mufti Perlis. -PENMERAHDOTCOM

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });