0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

235

Akhir-akhir ini, saya lihat anak perempuan sulung sangat ‘down’. Dengan pelajaran yang merosot, akhlak yang buatkan dirinya tercorot, hidup yang sangat serabut.

Suatu hari, saya duduk disebelahnya. Saya sebut namanya, saya baringkan dia di riba saya. Perlahan-lahan saya usap rambutnya. Saya cium dahinya. Saya tahu, dah lama saya tak buat macamtu sejak ada 2 orang adiknya. Dia selalu kena marah, selalu kena buatkan susu atau siapkan adiknya selepas mandi, selalu kena tinggal, dan terlalu banyak yang saya abaikan.

Anak sulung, namanya Alifatun Nadirah. Panggilan manja ifa. Pelajar terbaik dalam Dunia muzik, dan Ketua Pengawas Tahun 3. Suka merajuk, suka apa yang ayahnya suka.

Dalam ribaan saya, dia meminta maaf sebab banyak sakitkan hati saya dan ibu. Dia menangis teresak-esak. Dia kata, dia nak jadi pandai tapi dia kadang tak faham soalan. Kadang dia penat. Dan dia nyatakan betapa dia rindukan saya yang lebih banyak dengan ibu dan adik-adik dari diri dia sendiri.

Saya dengar dengan hati yang terbuka. Saya meminta maaf atas segala yang saya lakukan. Saya berjanji akan berusaha jadi lelaki yang baik pada dirinya. Lelaki itu adalah Ayah yang baik. Kawan yang setia. Teman yang selalu ada. Dalam hati, ‘ dah besar rupanya anak aku! ‘.

Hari ini, dan selepas ini, dia mula bangun menjadi seorang Anak yang baik. Cuba memikul berkilo berat begnya ke sekolah, mengorbankan waktu pelajarannya demi menjaga keselamatan pelajar yang lain, menyayangi adik-adiknya, menghormati ibu dan ayahnya, serta menolak cinta dari lelaki buaya yang hanya tahu main pokemon go.

Tugas kita adalah menyediakan anak yang baik, anak yang mudah dididik.

Jadikan Sunnah meminta pendapat anak, dan mendengar hatinya.

Keluarga kita, adalah tafsiran dan teguran dari Tuhan. Ambillah, semoga itu membentuk kita menjadi seorang Insan.

Sekalipun kita tidak ada anak yang A dalam pelajaran, bersyukurlah dia ada A dalam kehidupan.

Sumber : Abu Hurairah Asifa

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });