0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

“Takut Mereka Murtad Sebab Mulut Kita Ni”-Teguran Adam Corrie Kepada Si Mulut Laser

“Takut Mereka Murtad Sebab Mulut Kita Ni”-Teguran Adam Corrie Kepada Si Mulut Laser

adamm

Pelakon yang telah memeluk Islam, Adam Corrie sememangnya dihormati ramai kerana kecekalannya dalam penghijrahan.

Adam yang telah memeluk islam pada Julai 2007, pernah memberitahu dia mendapat hidayah melalui mimpi. Bermimpi berada di syurga lalu didatangi seorang yang bercahaya putih memberitahu Islam adalah peganganmu.

Sebenarnya, bukan mudah nak mengharungi cabaran sebagai saudara baru atau mualaf ni.

Melalui facebooknya, Adam Corie telah memberi teguran kepada segelintir sikap orang kita yang tidak memberi sokongan malah menakut-nakutkan lagi muallaf.

Jom baca:

Apabila seseorang itu kembali kepada fitrah ( memeluk Islam) , mereka amat memerlukan sokongan dan dorongan dari saudara muslim nya.

Memang masyarakat teruja dgn syahadah mereka. Dari kajian dan pengalaman sendiri , kita jgn lah ungkapkan ayat-ayat seperti
“Haa bila dah masuk Islam ni , jgn nak sibuk dptkan hak bumiputra”
“Bila dh peluk Islam ni, jgn esok lusa Murtad plak ye”
“Kan dah peluk Islam, jgnlah mkn pakai chopstick lagi”
“Sabarlah.. sabarlah” (sakit jiwa dengar perkataan ni , lagi down)

Ini adalah antara ayat2 yang selalu diterima oleh saudara baru yang mengadu dgn saya.

Dari saudara baru kita bersemangat dgn Islam.. takut-takut dgn kata-kata kita itu nanti akan mematahkan semangat utk kenal Islam lebih baik.

Takut-takut juga betul2 mereka murtad sbb mulut lazer kita tu..

“Ehh ehh cepatnya putus asa muallaf ni”

Memanglah.. mereka kan masih baru dlm Islam. Akidah pon tak kuat lagi. Mmg la hati mereka cepat terasa. Sbb itu sokongan amat diperlukan dari kita semua.

Senyum selalu
Selalu bersangka baik
InsyaAllah hati tenang.
Kembara Iman Saudara Baru
P/s: hati kena cekal..

Kepada orang ramai, kita hendaklah memberi sokongan kepada saudara baru dan bukannya menakutkan mereka. Salute kepada Adam Corie. Semoga berjaya dunia dan akhirat. -PENMERAHDOTCOM

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });