0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

(VIDEO) Zul Yahya Kongsi Cerita Penghijrahannya, Dulu Gaji RM10 -20 Ribu Sebulan Tapi Tak Pernah Cukup

(VIDEO) Zul Yahya Kongsi Cerita Penghijrahannya, Dulu Gaji RM10 -20 Ribu Sebulan Tapi Tak Puas

zul

Pelakon Zul yahya kini telahpun berhijrah menjadi seorang insan yang lebih baik.

Zul Yahya kini sering tampil dengan gaya berjubah dan kopiah di kepala.

Memang sejuk mata memandang Zul Yahya yang terbaru ini.

Kata Zul Yahya, dia baru sahaja berhijrah pada bulan April yang lalu dan sedikit demi sedikit menimba ilmu agama.

Ini komennya:

BANYAK UNDANGAN CERAMAH

“Sejak berhijrah sedikit demi sedikit pada April lalu, saya terima banyak undangan menyampaikan ceramah tetapi lebih kepada perkongsian hidup dan pengalaman,”

“Saya tidak layak berceramah mengenai agama tetapi hanya berkongsi apa yang saya rasa supaya masyarakat boleh turut mencuba dan merasainya.

“Perubahan ini atas kehendak sendiri, bukan kerana desakan mana-mana pihak.

“Apabila ramai bertanya mengenai penghijrahan ini, pada mulanya segan nak berkongsi kerana bimbang ada yang salah anggap. Namun apabila tetapkan niat sekadar bercerita kisah hidup barulah hati saya rasa lega,”

SAAT PENGHIJRAHAN

“Suatu malam selepas pulang dari kerja dan melihat anak-anak tidur nyenyak depan televisyen, saya menangis.

“Mereka dilahirkan beragama Islam dan saya tak mahu mereka Islam hanya pada nama. Jadi, sebagai ketua keluarga saya mesti melakukan sesuatu.

“Lagipun setiap manusia pasti mahu berubah menjadi lebih baik dan apabila Allah SWT sudah jentik hati saya ke arah itu, saya mesti melakukannya. Dulu saya bukanlah jahat sangat tetapi sebagai hamba-Nya, banyak yang saya abaikan,”

Jom tonton video ceramah Zul Yahya

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas