white

Aidil Zafuan batal ceraikan Rita

by Pen Merah on May 17, 2012

in Hiburan

Salam..

ne 01.1 Aidil Zafuan batal ceraikan Rita

Itulah tak semua yang buruk itu buruk dan pandangan aku memang seeloknya menjaga masjid yang dibina. Waahhh gitu! Baidewey, tumpang gembira buat pasangan Rita Rudaini dan Aidil Zafuan yang tidak jadi bercerai. Mungkin ada hikmahnya.

 Pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abd. Razak membuat kejutan dengan menarik balik kes permohonan cerai yang difailkan terhadap isterinya, pelakon Rita Rudaini Mokhtar di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam.

Perkembangan itu sama sekali tidak diduga oleh Rita, 36, dan peguamnya, Datuk Mohd. Zaidi Md. Zain kerana mereka hanya dimaklumkan oleh peguam Aidil iaitu Ahmad Nazib Johari tentang permohonan itu lima minit sebelum kes disebut semula petang semalam.

“Sepatutnya prosiding hari ini (semalam) adalah sebutan untuk melantik wakil ahli keluarga masing-masing bagi membentuk Jawatankuasa Pendamai.

“Kami sebenarnya sudah bersedia dan melantik bapa tiri Rita (Johari Jonid) yang datang dari Kangar, Perlis sebagai menuruti arahan mahkamah. Oleh itu, kami mohon kos perosiding itu harus dibayar pihak plaintif,” kata Mohd. Zaidi.

Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad kemudian membenarkan permohonan plaintif untuk menarik balik kes itu, namun plaintif perlu membayar RM250 kepada defendan sebagai kos kerugian kerana menarik balik kes itu pada saat akhir.

Terdahulu, Ahmad Nazib memberitahu, terdapat tiga alasan utama mengapa plaintif terpaksa menarik balik tuntutan cerai yang dibuat mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 pada 12 April lalu.

P/s: Pepatah biasa Alah biasa tegal biasa menjadi suami isteri nih pergaduhan adalah perkara biasa. Semoga Aidil Zafuan dan Rita Rudaini mengambil iktibar dari pengalaman lepas ye.

{ 5 comments… read them below or add one }

mirza May 17, 2012 at 4:18 am

baguslaaa berdamai…aku tak tahulaa jap lagi kuar citer apa lak..harap2 korg seatlekan cara mature bkn cara bdk prasekolah…

Reply

nor May 17, 2012 at 5:59 am

Baguslah…mereka berbaik..
nor recently posted..N.G Sesaat Kau Datang, terus HilangMy Profile

Reply

Nurul May 17, 2012 at 7:52 am

Mcam macam lah diorang ni..
Nurul recently posted..3 Hal Penting Dalam KehidupanMy Profile

Reply

Zarul Umbrella May 18, 2012 at 1:45 am

alhamdulillah semoga terus kekal hendaknya amin
Zarul Umbrella recently posted..Rezeki dikongsi bersamaMy Profile

Reply

9n0L4 May 18, 2012 at 10:30 am

moge lebih matang buat keputusan lepas ni.
9n0L4 recently posted..Segmen : Blogwalking Sampai LebamMy Profile

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post:

SKYBOX MURAH! MURAH! MURAH!