Takziah buat keluarga adik Faris yang telahpun pergi buat selamanya pagi tadi. Semalam, baru saja aku up kan entri untuk sama – sama ringankan beban adik Faris yang mengidap kanser berdarah tapi belumpun sampai sehari, dia pergi meninggalkan kita semua. Allah lebih sayangkan adik Faris dan semoga keluarga adik Faris tabah menghadapinya.

Adik Faris Nur Danial bergelut selama 23 hari di Sime Darby Medical Center dan hanya doa mampu aku hadiahkan. Secebis komen yang buat aku terharu untuk keluarga adik Faris;
Alhamdulillah berakhir sudah penderitaan si anak kecil..kita tak mungkin akan tahu bagaimana sakitnya kemoterapi, bagaimana sakitnya badan kita kerana barah. Terngiang-ngiang di fikiran gambar titisan air mata arwah Faris. Kalau anak saya Sabrina kena demam pun saya sedih, kena cucuk vaksin pun saya sedih, amik darah sikit untuk test darah takut kena viral infection pun sedih. Apa lagi sakit yang berpanjangan yang dialami oleh arwah- memang tak keruan kita sebagai parentsnya. Sebab itulah parents mana pun tak nak anak dia sakit lama-lama.
DAN kita ada Allah. Kalian boleh bergembira kerana Faris terlepas dari dosa dan maksiat di dunia ini. Kalian boleh bersyukur kerana Faris sudah terselamat.
Jangan menitiskan air mata kerana Faris terselamat dari ujian dunia. Bergembiralah kerana Faris terselamat dan terus ke syurga. Bahagianya jika kita tahu anak kita confirm dapat syurga, terlepas seksa neraka.
Sedih. Tetap sedih dan hiba.
P/s: Al Fatihah buat adik Faris.

{ 14 comments… read them below or add one }
salam takziah dan al fatihah
takziah untuk ayah Faris, juga merupakan rakan sekerja kami…salam takziah
azam recently posted..Adik Faris sudah meninggal
Kesian dia hmm :”(
Cynthia Lee recently posted..Hello people
al fatihah
cheqna recently posted..~ sekali terkena memang jadi ingatan insyaallah sampai bila bila ~
al-fatihah..
al-fatihah buat adik faris
dan salam takziah buat keluarga faris
yushafizah md yusoff recently posted..sesi menternak lemak bersama kakak
al-fatihah..
sesungguhnya, anak kecil yg telah meninggal dunia, akan menunggu ibu dan bapanya di pintu syurga kelak. dia tidak mahu masuk syurga selagi dia tidak dapat bersama-sama ibu bapanya masuk ke syurga…
Innalillah hi wa inna ilaihi rajiun…
Amin amin amin
Al-fatihah dan takziah buat keluarga adik faris
al fatehah…semoga rohnya dicucuri rahmat dan di tmpt kn org2 yg beriman…
syurga lah tmpt nya….insyallah…
Al-Fatihah…
asya recently posted..Tahniah Yusry dan Lisa Surihani !!!
Al fatihah…
takziah..moga arwah adik faris tenang dan dicucuri rahmat alfatihah