Salam..
Entri kali ni shortcut kepada story aku untuk Malaysia Tourism Treasure Hunt yang berlangsung selama seminggu. Alhamdulillah semuanya dah habis tapi entri tak semua publish lagi. Hukhuk. Kekangan masa tambah pulak tak semua tempat ada wifi untuk aku update perkembangan terkini untuk korang. Sabar ye!

Baidewey, hari ni merupakan hari last untuk selesaikan challenge terakhir yang berpusat kat Pasar Payang. Full stories aku up later on tapi kali ni aku nak share kemenangan pertama buat team aku yang mana malam tadi berlangsungnya majlis penyampaian hadiah kepada pemenang bagi Malaysia Tourism Hunt 2012. Dengan rasa gembira dan debaran yang dup dap dup dap akhirnyaaa group aku Menang untuk Grand Prizes kali ni.Yahuuuuuuuuuuu!! Ehhh tema untuk last dinner kitaorang tu haaaa kena pakai kain batik tapi aku ni mana lah nak pandai sudahnya gulung punya gulung jadik laa macam tuh. Hikhik

Sebelum umumkan top 3 pemenang utama untuk Malaysia Treasure Hunt ni, organizer siap buat beberapa games yang menawarkan hadiah Ipad setiap sorang dan jugak wang tunai oke! Mulanya macam malas nak join tapi lepas Rayyan mudah jek menang Ipad aku pun join sekali untuk games kedua. Sekali menang jugak! Wahahahaaaa.

Blogger rules!! We r the Champion.. Ecehhh macam apa jek tapi seramai 100 orang media, kami berdua antara yang menang hadiah utama berupa Ipad meyhh! Ko hadeeee? Hikhik

^_^

Dah habis acara bagi Ipad, time untuk umumkan 3 pemenang utama. Masa ni aku dah tahu mesti dapat masuk Top 3 cuma tak pasti dapat number berapa. Kemain neves bagai tapi aku dah tak kisah sangat janji dapat Top 3. Huuuu.

Petang tadi masa kat Pulau Redang, aku dah pelik bila ada photographer mintak gambar berkumpulan tapi haaa rupanya untuk letak dalam slide winner. 4 orang untuk 1 team dan alhamdulillah team aku sangat sporting dan supportive!

Dengan mata terkumpul 665, akhirnya team aku menang untuk Grand Prizes yang mana kesemuanya hampir Rm14k. Alhamdulillah. Rezeki berganda pulak kali ni.

Pemenang 1st, kedua dan ketiga.

Team aku kiranya seimbang 2 lelaki dan 2 perempuan. Sorang dari sarawak, India dan jugak blogger iaitu Emily. Tapi best dengan dorang sebab masing – masing bagi 200% komitmen. Apa pun, tahniah buat korang semua dan jugak pada mereka yang tak menang aku rasa semua rasa berbaloi sebab dapat stay kat 5 star hotel. Haaa part tu nanti aku buat review. Banyaknya stok nak kena publish. Hikhik
P/s: Terima kasih bebanyak buat Tourism Malaysia dan jugak pihak sponsor terutamanya kerana tanpa korang pastinya kami takkan bersama untuk merasai keseronokan kali ni. Banyak pengalaman dan benda baru yang aku dapat dan Million thank to Tourism Malaysia yang menghargai kehadiran aku sebagai online social media. Semoga lepas ni, dorang still keep in touch dengan social media dalam mempromosikan tempat terbaik di Malaysia. Hikhik





{ 10 comments… read them below or add one }
Tahniah! Bestnya…
Fazrol recently posted..Kenapa janji mesti ditepati!
congrats… wah menang banyak ni

Miss Sunshine Kelly recently posted..Whatchuwant Pimp My Ride Win Gadgets Worth RM 10,000 Daily by Celcom Xpax
Congratulations. As d CoC, I was proud of your team. Ur team deserves it. Plenty of teamwork, determination n not willing to quit. Yeah, winners never quit.
Hagi
Tahniah ye.. Hee
Sally Yatiey recently posted..Muara Hati
alhamdulillah..thniah .. wah dpt ipad .. bestnye!!
are_rull recently posted..McD [Samurai Burger]
hahahaha. dah macam firaun dah. hakhakhakhak
boni kacak recently posted..Bro Framestone Mempersoal Mat Tiger
Wah, Thaniah kak.. boleh belanje nurul makan ni.. hehehe

Nurul recently posted..Kesilapan camni pun Ada???
tahniah dear…will miss u
cik lin recently posted..open house~
tahniah sbb menang

beckhr00y recently posted..Sertai Program Exabytes 100 Blogger Ads Program
Selamat ni dah menang grans prizes
Jangan lupa sedekahnya hehe..
Ramzi recently posted..Cara Memasang / Menampilkan Author Blog di Google SERP