Aplikasi Facebook Camera ada Instagram?

by Pen Merah on July 12, 2012

in Cerita Aku

Salam..

Sekarang ni pantang betul kalau ternampak apa – apa jek pasal instagram takpun facebook mesti laju jek aku nak tahu. Dah setiap masa mengadap laptop kena laaa update jugak apa yang best tentang aplikasi yang kita guna ye dak? Baru tak tertinggal kat belakang. Kali ni kalau korang tak tahu, facebook dah meluncurkan jejaring sosial khusus fotografi dengan nama Facebook Camera.

facebook phone Aplikasi Facebook Camera ada Instagram?

Mungkin korang tak tahu facebook dah adaakses Instagram yang jugak aplikasi perkongsian gambar namun Facebook nampaknya ingin segera membuat aplikasi atau jejaring sosial khusus untuk fotografi. Wahhh semakin pantas facebook berkembang. Dengan menggunakan aplikasi Facebook Camera, pengguna boleh berkongsi lebih banyak foto dan lebih mudah untuk memberikan keterangan gambar atau tag.

Dalam aplikasi ini korang boleh guna beberapa fungsi mengolah gambar ringkas seperti cropping, rotate dan menaikkan warna dan bertambah best bila facebook menyediakan beberapa filter khas Instagram. Apa yang best sebabnya dengan menggunakan aplikasi ni korang boleh set gambar yang disnap tadi enjadi privasi dan tidak boleh dilihat oleh pengguna lain. Kat mana nak dapat aplikasi ni? Buat masa ni boleh didapati di Apple App Store.

P/s: Aku rasa facebook antara social media yang pantas dan memenuhi kehendak pengguna seiring dengan perkembangan teknologi yang semakin pesat. Tapi bila dah ada aplikasi ni jangan pulak korang addicted macam zombie 24 jam mengadap phone jek. hikhik

{ 6 comments… read them below or add one }

sha July 12, 2012 at 9:33 am

bestnya kalau dapat download ini apps kan….huhu
sha recently posted..Depoh Unit Tunda Kenderaan DBKLMy Profile

Reply

fazrol July 12, 2012 at 9:39 am

Pergh!
Semakin menarik…
Lagipun kan hari tue, mmg fb ada beli Instagram..
fazrol recently posted..Bercerai kerana lain fahaman politik!My Profile

Reply

miftahul harisman July 14, 2012 at 7:33 am

mesti gune fon je ke?

Reply

puanbee July 14, 2012 at 10:33 am

canggih betui
puanbee recently posted..Contest By Sunlight : Detik Bersama SunlightMy Profile

Reply

firdauzs July 16, 2012 at 5:53 am
huzaifah October 10, 2012 at 4:32 pm

contribution untuk ap?

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post:

SKYBOX MURAH! MURAH! MURAH!