0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Ganjaran Besar: Pandelela Dan Jun Hoong Terima RM600,000

pan jun

Pasangan penerjun negara, Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong bakal berkongsi ganjaran sebanyak RM600,000 serta pencen bulanan RM3,000 setiap seorang untuk seumur hidup.

Mereka berdua telah memenangi pingat perak dalam Olimpik bagi cara platform berirama 10 meter wanita semalam selepas menewaskan pasukan Canada dan juga Korea Utara.

Perkara ini disahkan oleh Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail yang memberitahu Pandelela dan Jun Hoong akan berkongsi sama rata hadiah wang tunai RM600,000 itu manakala pencen bulanan itu akan bermula serta-merta.

Oleh kerana Pandelela pernah memenangi pingat gangsa sebelum ini, Ahmad Shapawi menjelaskan atlet itu akan menerima satu sahaja iaitu jumlah tertinggi antara pingat perak dan gangsa yang diperolehnya.

Untuk pengetahuan, selain Pandelela, pemain badminton Datuk Lee Chong Wei juga adalah pemenang dua pingat perak Sukan Olimpik selepas menang secara berturut-turut Olimpik 2008 dan 2012.

Apapun tahniah diucapkan kepada pasangan penerjun negara ini. -PENMERAHDOTCOM

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });