0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

HEBAT !! Aset Dato Lee Chong Wei Dianggar RM300 Juta

lcw

Pemain badminton bertaraf legenda tanah air Dato’ Lee Chong Wei merupakan nama besar di arena sukan badminton bukan sahaja di Malaysia malah di serata dunia.

Pelbagai kejuaraan yang berjaya diraih oleh Dato lee Chong Wei dan pencapaiannya di sukan Olimpik juga membanggakan apabila mendapat 3 pingat perak, paling banyak buat atlet Malaysia.

Selain hebat bermain badminton, Lee Chong Wei juga bijak berbisnes apabila wang kemenangannya dilaburkan dalam bidang perniagaan. Mungkin tidak ramai tahu, Chong Wei memiliki sebuah syarikat pemaju perumahan di Kuala Lumpur, iaitu Chong Wei Binajaya.

Selain itu, atlet kelahiran Bagan Serai Perak ini turut mempunyai sebuah kompleks sukan yang diberi nama Sports Arena Sentosa yang terletak di Taman Seri Sentosa, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

Menurut sebuah portal, thecelebritiesnetworth.com, kekayaan Chong Wei kini telah mencecah AS$75 juta (RM300 juta) hasil daripada hadiah kemenangan, sektor perniagaan, duta kepada puluhan produk di peringkat antarabangsa dan tempatan, hartanah dan koleksi kereta mewah yang dimilikinya.

Lee Chong Wei juga dilihat cenderung kepada kereta mewah dan sehingga kini, beliau memiliki pelbagai koleksi kereta mewah seperti Skyline R35 GTR, BMW X6 Coupe, Ferrari F430, Lamborghini Aviator, Audi R8 dan Bentley Continental GT1. Selain kereta mewah, Dato Lee Chong Wei amat meminati jam tangan.

Akhbar Dongguan Shibao dari China melaporan, jenis kediaman yang diduduki oleh Chong Wei tidak jauh bezanya dengan kebanyakan orang, namun pasti ramai yang akan terkejut melihat koleksi kereta yang disimpannya.

Sementara itu, sebagai seorang yang dikenali ramai, Chong Wei sering mendapat tawaran sebagai duta produk, dan ini merupakan satu lagi cabang sumber pendapatan utamanya. Bagi setiap produk, bayaran yang diterima boleh mencecah sehingga jutaan ringgit.

Antara syarikat-syarikat yang melantik Chong Wei sebagai dutany ialah Yonex, Samsung, KDU Educations Group, XOX, syarikat pengeluar kopi, kerusi urut, resort dan banyak lagi.

Tahniah kepada Lee Chong Wei. -PENMERAHDOTCOM

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });