0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Raikan Kejohanan Piala Dunia Di D’Football Festival 13 Julai 2014

Demam bola semakin menjadi jadi dan ramai peminat bola yang sanggup bersengkang mata hanya untuk menyokong pasukan yang diminati. Di mana saja mesti kita asyik dengar pasal bola kan? Kalau yang mengikuti sepenuh masa mesti rasa kejohanan piala dunia seakan hambar bagi negara yang menjadi pilihan di mana yang kurang popular semakin menonjol. 

Bagi peminat bola sepak, berita gembira untuk korang di mana trademark mengadakan D Festival football yang akan diadakan di Central Park Avenue One Utama. Pada 13 Julai ini bermula 6pm, para peminat bola sepak boleh hadir bersama keluarga dan rakan-rakan untuk menikmati kemeriahan selama 12 jam yang membawa kepada acara kemuncak perlawanan akhir di Brazil. 

Apa yang menarik di D Football, dengan meneka bilangan bola di dalam kereta mini cooper ini dengan tepat, korang mungkin di antara yang bertuah untuk bawak pulang sebijik kereta mini cooper. Bertuahnya badan!

Selain itu, pengunjung festival boleh menikmati pengalaman interaktif 360° dengan pelbagai aktiviti yang pastinya menambah keseronokan dan semangat untuk menyaksikan perlawanan tersebut. Selain daripada aktiviti aktiviti-menarik, pengunjung juga dapat menikmati pelbagai pilihan makanan daripada vendor terkenal supaya tiada siapa yang akan lapar ketika menyaksikan perlawanan.

Menurut En. Chan Shijin, Pengarah Urusan Trad3mark berkata;

“Ini merupakan salah satu masa di mana seluruh dunia berkumpul untuk meraikan sukan yang begitu menarik iaitu bola sepak, menyokong pasukan pilihan mereka bersama rakan-rakan dan peminat bola sepak yang lain. Dengan D’Football Festival, matlamat kami adalah untuk mengumpulkan semua orang di bawah satu bumbung bagi menyaksikan menikmati perlawanan yang hebat sambil menikmati pelbagai aktiviti menarik bersama penyokong-penyokong lain. Tiada suasana yang lebih baik berbanding ribuan peminat berkumpul untuk menyokong pasukan kegemaran mereka dan ditambah pula dengan skrin yang besar, pelbagai pilihan makanan dan aktiviti, ia pasti menjadi pengalaman menonton perlawanan bola sepak yang unik.”

 

 

 

Raikan Kejohanan Piala Dunia Di D’Football Festival 13 Julai 2014

Paling menarik di D Football center court, one utama adalah Robo-keeper di mana penjaring gol terbaik pun tak mampu menjaringkan gol. Selain itu korang jugak akan dihiburkan dengan  DJ Patricia K, DJ Nick Haydez dan Indiego & Co serta persemabahan artis-artis tempatan seperti Darren Ashley, Paperplane Pursuit, OJ Law, Hunny Madu dan Kyda serta artis-artis Kartel, Joe Flizzow, Sonaone dan Altimet, diikuti oleh persembahan utama daripada kumpulan electropop Australia, Van She. Saksikan juga pertunjukan api daripada artis api yang berbakat, Psycusix dan sebuah persembahan bertemakan Brazil.

Untuk menjadikan keseluruhan pengalaman ini lebih menarik dan dapat diingati, aktiviti-aktiviti lain seperti melukis wajah, penghibur yang memakai jangkungan (stilts) dan persembahan bola sepak gaya bebas turut disediakan. Maklumat lanjut tentang D Football ini, korang boleh tengok kat facebook dorang;

 

www.facebook.com/dfootballfestivalmy

 

 

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });