0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Misteri Kolam Renang Olimpik Bertukar Hijau Terjawab

renann

Kepada yang mengikuti perkembangan sukan Olimpik terutama sukan terjun, sudah pasti anda akan terperasan perubahan warna air kolam renang dari warna biru kepada warna hijau.

Perubahan warna secara tiba tiba ini telah mengejutkan ramai pihak dan ramai yang mahu jawapan kenapa perubahan warna begitu drastik dalam masa yang singkat.

Ini juga mendatangkan rasa risau dan kebimbangan orang ramai terutama kepada para atelt yang bertanding.

Persekutuan Renang Antarabangsa (Fina) akhirnya telah mengesahkan bahawa perubahan air di kolam terjun di Pusat Akuatik Maria Lenk, yang bertukar berwarna hijau baru-baru ini, berpunca daripada ketidakseimbangan kimia dalam kolam air.

Akibat kekurangan bahan kimia itu, tahap PH air tidak seperti biasa dan menyebabkan perubahan warna tersebut terjadi. Yang melegakan, perubahan warna itu langsung tidak mendatangkan bahaya kepada para atlet.

Ini kenyataan rasmi FINA:

“Misteri itu sudah diselesaikan…Fina boleh mengesahkan bahawa penyebab kepada warna air di kolam terjun bertukar menjadi luar biasa, sewaktu acara terjun dipertandingkan di Sukan Olimpik Rio, adalah kerana tangki air di kolam tersebut kehabisan beberapa bahan kimia yang digunakan dalam proses rawatan air,”

“Jawatankuasa Perubatan Sukan Fina telah menjalankan ujian terhadap kualiti air di kolam tersebut dan mengesahkan tiada sebarang risiko terhadap kesihatan atau keselamatan atlet, dan ia tidak akan menjejaskan pertandingan,”

“Perubahan mendadak tahap alkali air di kolam tersebut menjadi punca kepada perubahan warna air. Kolam acara polo air juga mengalami masalah yang sama.

“Tahap pH air telah berada dalam standard yang ditetapkan. Kami telah merawat kedua-dua kolam tersebut pada waktu malam dan tahap alkali dalam air telah bertambah baik. Kami menjangkakan warna asal biru akan kembali tidak lama lagi.

“Pakar-pakar bebas juga telah mengesahkan tidak ada risiko sama sekali kepada atlet yang bertanding di kolam tersebut,”

-PENMERAHDOTCOM

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });