0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Tan Sri Annuar Musa Letak Jawatan Presiden Kafa

anuar

Ini merupakan satu berita mengejutkan buat peminat bola sepak tempatan.

Tan Sri Annuar Musa pada Selasa meletak jawatan sebagai presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) berkuat kuasa serta merta.

Beliau membuat pengumuman itu dalam laman Facebooknya.

Tan Sri Annuar juga telah memuat naik salinan surat rasmi peletakan jawatannya itu yang dialamatkan kepada Setiausaha Agung Kafa.

Ini komen Annuar Musa:

“Saya berharap tugas ini (Presiden Kafa) dapat dipikul oleh mereka yang lebih mampu mengangkat kecemerlangan bola sepak Kelantan seperti mana yang berjaya dilakukan oleh negeri-negeri lain,”

Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh, menyandang jawatan Presiden KAFA sejak 2008.

Beliau sentiasa berkeyakinan pasukan Kelantan mampu mencapai apa yang orang lain capai asalkan diberikan peluang berbuat demikian.

Annuar telah memimpin pasukan Kelantan sehingga memperolehi pelbagai kejayaan antaranya meraih tiga kejuaraan iaitu Piala Malaysia, Piala FA dan Liga Super pada 2012.

Sementara itu, Naib Presiden Kafa, Datuk Nassir Hamzah mengesahkan Annuar menghantar surat peletakan jawatan itu hari ini. -PENMERAHDOTCOM

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });