0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Tanpa Kaum Cina Malaysia Tidak Akan Menang Pingat Pada Sukan Olimpik. Ini Respon Yang Buatkan Mereka Terdiam..!!

164

PETALING JAYA: Hew Kuan Yau yang terkenal dengan keceluparannya sekali lagi mencetuskan kontroversi mengaitkan elemen perkauman dengan pencapaian badminton beregu campuran negara, Goh Liu Ying dan Chan Peng Soon di Sukan Olimpik Rio.

Dalam muatnaik di Facebook miliknya, Kuan Yau yang juga dikenali “Superman” berkongsi karikatur Goh dan Chan berserta kapsyen dalam bahasa Mandarin, “Dengarlah wahai Umno, jika orang Cina benar-benar ‘balik’ China maka Malaysia akan ‘makan pisang’ (kembali dengan tangan kosong) dalam Sukan Olimpik.”

Perbuatannya dikecam blogger, Lim Sian yang berkongsi rakam layar status tersebut dengan menggelar Kuan Yau sebagai seorang “Chauvinist”.
Malah, Lim juga berkongsi rakam layar Kuan Yaw memarahi pengikutnya yang membidas kemenangan Olimpik sebagai usaha Malaysia dan tidak perlu menyentuh sentimen perkauman dengan memanggilnya bodoh.

Seorang netizen mempersoal tindakan Kuan Yaw menyokong pasangan badminton Malaysia sedangkan beliau suatu masa dahulu pernah penyokong China.


Sejak pakai Deeja Cosmetic ni, makin ramai duk tegur pakai ape je sampai kulit muka glowing setiap hari.. Konfiden level pun semakin tinggi.. Bagus lahhh Deeja Cosmetic ni.. Nak order –>> Hotline 0196945950 ..


Seorang lagi pengguna Facebook mengingatkan Kuan Yaw, dua pemenang, Azizulhasni Awang dan Pandelela Rinong yang memenangi pingat gangsa dan perak dalam acara berbasikal dan menyelam masing-masing, bukan berketurunan Cina.

Kuan Yaw dikenali dengan gelaran “Superman” kerana memakai pakaian dengan logo superhero itu bukan baharu dalam mencetuskan kontroversi.

Bulan lalu, Kuan Yaw meninggalkan DAP selepas tampil dengan kenyataan di Facebooknya menyokong tuntutan China ke atas Laut China Selatan.

Kenyataannya, Laut China Selatan milik China menerima pelbagai tentangan dan bidasan daripada orang ramai.

Pada Pilihan Raya Negeri Sarawak pada bulan Mei lalu dia mencetuskan kontroversi dengan kenyataan “‘screw’ orang Melayu”.

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });