0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Tolong Hormati Jalur Gemilang Di Baju Saya – Kata Iskandar Zulkarnain Kepada Jorgensen

Tolong Hormati Jalur Gemilang di Baju Saya – Kata Iskandar Zulkarnain Kepada Jorgensen

zul

Tindakan Jan Jorgensen yang melemparkan baju pemain negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin ketika perlawanan separuh akhir kejohanan itu ternyata mengundang perasaan kurang senang.

Apa yang pemain Denmark lakukan itu dilihat melampaui batas dan sehingga mengundang kritikan dari Iskandar Zulkarnain.

Kejadian tersebut berlaku pada set ketiga apabila kedua-dua pemain bertukar gelanggang dan Iskandar terlupa untuk mengambil bajunya yang tertinggal di dalam kotak peralatan.

Melihat baju itu, Jorgensen telah melempar baju yang mengandungi lambang Jalur Gemilang ke arah kawasan Iskandar.

Jurulatih Iskandar kemudiannya telah mengambil baju tersebut di atas lantai.

Selain itu, Iskandar juga mendedahkan Jorgensen sengaja memperlekehkannya dengan membezakan dia dengan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei.

Iskandar turut meluahkan perasaan kecewanya terhadap sikap tidak profesional Jorgensen menerusi kenyataan dalam laman sosial Facebook.

Ini komen Iskandar:

“Baju saya mempunyai lambang negara Malaysia. Saya tidak mempunyai masalah jika anda tidak menghormati saya, tetapi tolong hormati Jalur Gemilang yang tertera pada baju saya,”

Di pertemuan tersebut, Iskandar tewas kepada Jorgensen dalam pertembungan tiga set dengan keputusan 20-22, 22-20, 7-21. -PENMERAHDOTCOM

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas