0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

194

Alam sekitar  merupakan elemen penting yang menjadi sumber untuk kita terus bernafas malah memberikan keharmonian dan ketenteram dalam hidup kita. Terbaru Toyota UMW SDN BHD melancarkan program Toyota youth challenge 2016 untuk pelajar mengembangkan idea dengan lebih inovasi dan kreatif dalam menjaga alam sekitar.

Program ini juga (#TEY) ini telahpun berakhir pada 29 September 2016 di Concorde Hotel Shah Alam dengan menampilkan sebanyak 14 penyertaan daripada sekolah-sekolah di seluruh Malaysia. Malah program sebegini dilihat sebagai platform terbaik untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelajar mengenai kepentingan menangani isu pengurusan sisa secara lebih berkesan

Apa itu TOYOTA ECO YOUTH ??

Toyota Eco Youth adalah salah satu daripada program CSR UMW Toyota yang diadakan setiap tahun di mana melibatkan  komuniti termasuk majlis perbandaran tempatan, agensi kerajaan, ketua-ketua komuniti, selain daripada orang ramai dan syarikat persendirian.

Program ini telah memberikan kesan positif kepada lebih 1,500 pelajar dan guru dari 209 buah sekolah di Malaysia. Menerusi program TEY ini, Toyota menyediakan  wang tunai sebanyak RM10,000 untuk sekolah yang berjaya menghasilkan idea dan kreativiti untuk pengurusan sisa pepejal.

Menurut Ketua Penolong Pengarah (Kanan) Bahagian Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pendidikan, Roslina Mohd Roslin, Program TEY adalah sebuah program hijau berkesan yang amat bertepatan, sekali gus dapat membantu pelajar dalam meningkatkan semangat berpasukan di samping mengamalkan kemahiran penyelesaian masalah. Beliau berkata, peserta program berkenaan juga diharap dapat menjadi duta terhadap aktiviti gerakan hijau yang lain.

pen_3058

“Walaupun ia kelihatan seperti sebuah projek alam sekitar yang ringkas, ia sebenarnya dapat membantu pelajar dalam mengembangkan rangkaian dan berbincang dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

“Sisa buangan adalah masalah yang serius dan perlu terus diberikan perhatian. Belia perlu menyedari 3R (Reduce, (Pengurangan), Reuse (Penggunaan Semula) dan Recycle (Kitar Semula) adalah satu keperluan dan bukannya pilihan,” katanya ketika berucap pada Majlis Penutupan Program Toyota Eco Youth 2016, di sini, hari ini. Yang turut hadir, Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor, Akio Takeyama serta Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ismet Suki.

196

204

205

Pada majlis itu, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Kenari, Kulim, Kedah dinobatkan sebagai juara, sekali gus membawa pulang wang tunai RM 10,000. Tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi oleh SMK Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak, Jerantut, Pahang dan SMK Putrajaya Presint 16 (1).  Selain itu, Program TEY juga menyediakan hadiah untuk Persembahan Terbaik, Pameran Terbaik, dan Blog Terbaik. Guru yang terlibat juga diberikan ganjaran.
198

TEY merupakan program yang seharusnya dilakukan berterusan dengan penglibatan lebih  banyak sekolah di Malaysia yang mana dilihat sebagai langkah awal yang sangat berkesan dalam menangani isu pencemaran terutamanya selain memupuk sikap cintakan alam sekitar di kalangan pelajar.

200

201

203

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });