white

Ariana Mikail

by Pen Merah on January 17, 2012

in Drama Online

Waachaaa.

Petang semalam, aku terpandang pulak drama terbaru slot ratu tv9 Ariana Mikhail yang dibintangi oleh Sein Ruffedge dan jugak Nora Danish. Woooahhhh kalau korang tengok dia punya iklan dalam paper, perghhh memang terbaik sampai aku makan cepat sebab takut terlepas.

tumblr lxmy8h7Sxi1qi47k6o1 500 Ariana Mikail

 

Drama Ariana Mikail ni bertemakan Cinta Pertama Cinta Selamanya. Boleh ditonton pada pukul 8.30 malam setiap hari isnin dan selasa jadi malam ni akan ada lagi sampai 15 episod. Fuhh sikitnya? Lagu tema Ariana Mikhail aku belum dapat lagi tapi later on laah aku masukkan ye! Lets cekidaut sinopsis Ariana Mikhail dulu.

Sinopsis Ariana Mikhail; 

Cerita bermula di Paris,France dimana Mikhail telah tamat pengajiannya di Universiti Kingston,London pergi bercuti ke Paris dengan sahabat karibnya Jamil yang merupakan senior Mikhail di universiti,hubungan mereka rapat seperti abang dan adik.. Dalam percutian itu,Mikhail berniat hendak mencari teman wanita Peranchis kononnya. Tetapi adalah disebaliknya telah bertemu dengan Ariana juga singgah bercuti ke Paris daripada Amerika Syarikat sebelum pulang ke Malaysia. Ariana yang lulusan hiasan dalaman bercuti bersendirian kerana ingin mencari pengalaman dengan dunia hiasan di Eropah. Dalam pertemuan itu berlaku disebuah cafe di bandar Paris, Apabila Ariana membantu Mikhail daripada di marahi yang cuba mengorat wanita Peranchis dengan mengaku Mikhail teman lelakinya. disebabkan Mikhail tidak memahami bahasa ’Peranchis’. Mikhail marah dengan tindakan Ariana yang melepaskan peluangnya tetapi Ariana menjelaskan pada Jamil yang kebetulan ke tandas akan perbuatan Mikhail mengusik wanita peranchis yang telah mempunyai teman lelaki itu salah. Lainlah kalau wanita itu yang berminat dengan Mikhail. Sikap Mikhail yang tidak berterima kasih serta berlagak dan sombong membuat Ariana tidak berminat untuk berkawan walaupun dia tahu mereka sebangsa. Jamil meminta maaf bagi pihak Mikhail, kerana mereka baru sahaja sampai bercuti di Paris. Ariana boleh sedikit berbahasa Peranchis mengingatkan Jamil agar menjaga tingkah laku Mikhail. Bagi membalas budi,Jamil mengajak Ariana makan malam tetapi Mikhail tidak berminat untuk turut serta kerana dia tidak meminati Ariana. Mikhail mengingatkan Jamil jangan buang masa sebab kalau nak gadis melayu balik ke Kuala Lumpur nanti mereka akan bertemu ramai. Jamil menasihatkan Mikhail jangan bongkak nanti dia akan tergila-gilakan Ariana. Tetapi Mikhail ketawakan kata-kata Jamil serta menyuruh Jamil saja mengorat Ariana sekiranya dia berminat.

P/s: Jangan lupa setia menonton Ariana Mikail ni sampai episod akhir. Mesti best punyaaaa!

{ 1 comment… read it below or add one }

cheqna January 17, 2012 at 1:13 pm

weh..aku sihat je…mung plop gane????
cheqna recently posted..~ kelaparan……..~My Profile

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post:

SKYBOX MURAH! MURAH! MURAH!