Buat Cupcakes Dapat Rm100k?

by Pen Merah on September 10, 2012

in Cerita Aku

Salam..

297854 283313575103687 541579321 n Buat Cupcakes Dapat Rm100k?

Korang peminat setia cupcakes? suka makan dan buat resepi cupcakes sendiri? Haaaa meh sini aku nak share dengan korang macam mana dengan berkongsi resepi korang dan hasilkan cupcakes yang kreatif dan sedap mampu menang Rm100k. Bukan Rm10k tapi Rm100,000. Perghhhhhh masykukkkk! Semuanya tidak mustahil hanya dengan Celcom. 

Sempena dengan pelancaran contest cupcakes pada  30 August 2012 – 20 September 2012, celcom menjemput aku untuk menyertasi sesi memasak cupcakes. Haaa macam tak percaya jek aku pun join aktiviti masak-masak. Jom layan dan belajar macam mana kitaorang semua memasak cupcakes. Hikhik. Acara dirasmikan oleh Ketua Pemasaran Celcom Axiata berhad, En Zalman Aefendy Azinal Abidin.

Optimized cupcakes 1 1024x682 Buat Cupcakes Dapat Rm100k?

Sesi memasak cupcakes ini disertai lebih kurang 20 orang semuanya dan tema yang kitaorang kena buat tu haa bendera Malaysia. Sangat so Malaysian. Yela, baru lepas sambut merdeka ye dak mestilah semangat sayangkan negara tu bertambah kuat. Ehh ada kena mengena ker?

Optimized cupcakes 2 1024x682 Buat Cupcakes Dapat Rm100k?

Dengan seorang instructor iaitu Chef Lu Soo Chee yang memberi arahan disamping sehelai kertas resepi, kitaorang diberi kumpulan masing – masing dan aku masuk dalam group Kelly dan Hanie Hidayah. Dengan Kelly dah lama jugak aku kenal sangat peramah orangnya dan Hanie Hidayah ni baru first time aku jumpa dan kenal. Korang patut masuk blog dorang sebab best gila banyak info berkaitan perempuan yang korang boleh keep up.

Cara membuat cupcakes,

110g tepung

Tepung Penaik

Mentega

Gula

Telur

Essence Vanila

Susu 

551641 283314375103607 665218654 n Buat Cupcakes Dapat Rm100k?

Langkah pertama, campurkan tepung bersama mentega dan kacau sehingga sebati. Lepas dah lembut sikit, masukkan essence vanila diikuti dengan telur dua biji tapi masukkan satu persatu. Lepas tu, jangan lupa masukkan susu. Eceh, macam chef pulak rasanya. Heee.

283137 283314641770247 1872561890 n Buat Cupcakes Dapat Rm100k?

Adunan yang dah siap tadi dimasukkan ke dalam cawan kecik satu persatu tapi jangan penuhkan satu cawan sebab nanti adunan ni akan mengembang takut melimpah keluar pulak. Dah settle bab adunan dan cawan, seterusnya dimasukkan ke dalam oven pada suhu  180 C / 13 minit.

560334 283314788436899 2036373274 n Buat Cupcakes Dapat Rm100k?

 Inilah dia rupa cupcakes yang siap dimasak tadi

Optimized cupcakes 3 1024x682 Buat Cupcakes Dapat Rm100k?

Cupcakes dah masak so langkah seterusnya kena membuat hiasan iaitu buttercream frosting kat atas tu supaya bertukar jadi bendera Malaysia. Bahan yang digunakan sama jek dengan group lain iaitu Mentega, Icing sugar dan susu. Setiap sorang ditugaskan membuat buttercream frosting mengikut warna dan kumpulan aku memang rajin terutama Hanie. Bab decorate passing kat dia jek sebab setiap kali aku buat mesti tak jadi. Wahahahaaa.

Optimized cupcakes 4 1024x682 Buat Cupcakes Dapat Rm100k?

Tangan Hanie lembut kot tu yang senang dia nak picit benda alah tu keluar jadik cantik. Time aku buat asyik nak penyet jek. Masing- masing macam enjoy jek buat cupcakes ni kan? Nampak macam senang tapi aku rasa part paling susah nak decorate bintang warna kuning tu haaa part tu sape lagi mangsa yang kena buat kalau bukan Hanie. Senang jek tu. Eceh!

Haaaa sekarang resepi pun dah ada, apalagi nak tunggu jomla sertai contest dari Celcom ni. Tema untuk contest ni tak susah cuma Tema Malaysia jek dan apa yang korang perlu buat lagi adalah dengan LIKE facebook  Celcom Cupcakes. Lepas korang dah snap gambar cupcakes, bolehlaa upload gambar kat sini ek.

55 orang yang mendapat LIKe tertinggi sehingga  23 September akan ke peringkat seterusnya di mana korang akan bertanding secara real beramai – ramai pada 29 september 2012. Pemenang ditentukan berdasarkan kreativiti dan persamaan dengan gambar yang dihantar semasa penyertaan awal.

Hadiah Ditawarkan;

Tempat Pertama – Samsung Galaxy SIII & RM 10,000 tunai
Tempat Kedua    – Samsung Galaxy SIII & RM 5,000 tunai
Tempat Ketiga    – Samsung Galaxy SIII & RM 2,000 tunai
Saguhati ( tempat ke 4-55 ) – LG Prada
FREE CUPCAKES giveaways akan dibuat pada 16 september 2012 dan nak tahu macam mana nak dapat, korang boleh masuk ke facebook Cupcakes Challenge.

Haaaaa dah kompemlaa 55 orang yang masuk ni akan dapat bawak balik hadiah. Mudahkan? Maklumat lanjut, korang boleh masuk laman web celcom. Selamat mencuba!

{ 9 comments… read them below or add one }

Anuar September 10, 2012 at 2:49 am

Wah lumayannya hadiah yang disediakan oleh Celcom untuk Contest kali ni.. Good Luck saya ucapkan kepada Pen Merah dan peserta lain yang turut join Contest ini..

P/S: saya langsung tak pandai buat CupCake..
Anuar recently posted..Penghargaan Kepada Penaja Pertandingan Anugerah Blog Paling PopularMy Profile

Reply

Sally Yatiey September 10, 2012 at 4:38 am

Wahhhh.. Hadiah contest ni sangat lumayan.. Hee.
Sally Yatiey recently posted..Nada CintaMy Profile

Reply

Miss Sunshine Kelly September 10, 2012 at 9:07 am

wootz! pandai buat cupcakes

Reply

boni kacak September 10, 2012 at 9:51 am

wah.. anne buat cupcakes tu… musti sedap kan
boni kacak recently posted..Antara Lelaki Jambu, Lelaki Maskulin Dan Lelaki Sengal. Yang Mana Pilihan Gadis Malaysia. Wajib Baca!My Profile

Reply

Nurul September 11, 2012 at 12:34 am

Waaa sedapnyer cupcake..
Nurul recently posted..Hot FM Pagi: X Cukup DuitMy Profile

Reply

puanbee September 11, 2012 at 10:14 am

Eh penmerah buat kek laaaa… dasyat nyee
puanbee recently posted..Beraya dengan blogger kujie2.comMy Profile

Reply

akhil September 11, 2012 at 5:15 pm

akhrnya smpai jgk aku kat penmerah.com..!!
akhil recently posted..Live streaming | Persahabatan Antarabangsa Malaysia vs VietnamMy Profile

Reply

Wanayu September 13, 2012 at 11:42 am

Nmpak lumayan hadiah nya..
Wanayu recently posted..PEMANDU BAS TERKACAK CHINAMy Profile

Reply

diana October 18, 2012 at 9:15 am

hajat di hati nak masuk, tapi masa tidak mengizinkan

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post:

SKYBOX MURAH! MURAH! MURAH!