Salam..

Bulan puasa ni mesti ramai yang cari Buffet Ramadhan 2012 terutama mereka yang nak berbuka puasa bersama family. Kali ni buffet ramadhan yang best dan sedap aku pernah makan di Utara Coffee House, Armada Hotel, Petaling Jaya.

Apa yang best buffet ramadhan kat Armada Hotel? Haaa dengan bertemakan Sinar Ramadhan Al Mubarak, lebih 100 hidangan disediakan daripada makanan tempatan dan tradisional sehinggalah makanan barat. Macam – macam meyhhhh! Sebelum meneruskan dengan pilihan makanan, aku harap korang bersabarlah ye kena telan air liur berkali – kali. Gulppppp!

Bermula dengan desert dulu kalau ikutkan memang penuh satu meja dengan pelbagai variasi kuih muih.

Tak dilupakan pelbagai jenis kuih tradisional melayu




Puding pun ada




Tak lengkap bulan ramadhan tanpa kerabu


Selain kerabu sebagai penyedap rasa, lemang dan ketupat antara menu utama di Utara Coffee House. Kalau ada lemang semestinya ada serunding.



Menu utama Armada Hotel, ayam masak merah, Hati lembu masak berlada, pucuk paku masak ikan masin, Kambing masak merah, daging masak serai, Ikan Pari masak asam pedas, rendang udang utara, Sup tulang rawan, otak – otak, dan siput sedut masak cili padi. Haaa banyak gila menu dia sampai aku tak termakan semua nak masuk perut tapi tak muat. hikhik




Satay pun ada

Lauk pauk yang aku makan di Armada Hotel. Kuantiti yang sikit sebab aku simpan perut untuk rasa semua makanan yang ada. Ikutkn nafsu makan semua aku nak sampaikan tak tahu nak isi kat mana dah punyalah kenyang. Memang berbaloi kalau korang nak makan sedap dengan rasa yang sama seperti masakan kampung.


Harga ramadhan buffet 2012 di Utara Coffee House ini dari RM85.00++ per person bermula 23 Julai 2012 – 18 Ogos 2012. Selain korang boleh makan dengan penuh nikmatnya, Hotel Armada ada buat contest di Facebook Armada Hotel dengan hadiah bernilai Rm500 shopping vaucer. Perghhhh boleh shopping raya meyhhhhh.
Maklumat Lanjut;
P/s: Kalau korang nak tengok lebih banyak menu, bolehlah masuk sini ye. Selamat berpuasa ye semua. Heeeeeeee.





{ 10 comments… read them below or add one }
Sedapnya menu yang dihidangkan di Armada Hotel ni.. Tiba2 terasa lapar pula.. hehehe..
Anuar recently posted..RM500 Untuk Dimenangi Di Blog Coretan Anuar
amboihhh jgn terbuka puase sudey. hikhik
Pen Merah recently posted..Buffet Ramadhan 2012 l Menang Rm5000 Shopping Vaucer Armada Hotel
banyaknye menu dia..sumenya sedap2 plak tu nmpak.
syu90 recently posted..Jom Shopping Raya di Faceboutique !
semua makanan nie sdp 2 patut tengok
Benci gila dtg blog ni sbb suka bagi Rizal lapar haha..Sama mcm blog kak Ruby lol
Lps ni PenMerah kena belnja semua readers!
iGossip by Rizal recently posted..–> iGive free Pashmina for Raya
ahahhaahhhaha.. sian rizal..
Pen Merah recently posted..Buffet Ramadhan 2012 l Menang Rm5000 Shopping Vaucer Armada Hotel
oh ko pergi ek .. bestnya lah …
beb rm5000 ke rm500 ?
puanbee recently posted..Sembang Rakyat : Bonus Raya Untuk Penjawat Awam Dan RM500 Untuk Persara
hahaa.. 500 beb. salah taip.. isk isk
Pen Merah recently posted..Buffet Ramadhan 2012 l Menang Rm5000 Shopping Vaucer Armada Hotel
hai kak anne..!
membelek2 entry berhambar akak tengah2hari cam gini
memberi dugaan hebat la..
hahaahaaa… kesian kat hidayah.. kuatkan semangat.. hikhik
Pen Merah recently posted..Buffet Ramadhan 2012 l Menang Rm500 Shopping Vaucer Armada Hotel