Salam.

Soalan; Macam mana mandi hadas besar dengan betul, mudah dan mengikut sunnah nabi. Bolehkah kita menyentuh kemaluan ketika mandi atau itu boleh membatalkan mandi kita tadi? Saya was-was dalam hal ini.
Jawapan;
Kaifiyat mandi hadas yang sempurna dan mudah diamalkan ialah dengan mengikut cara mandi Nabi s.a.w., antaranya yang diceritakan oleh Saidatina ‘Aisyah r.a sebagaimana berikut;
“Adalah Rasulullah s.a.w. apabila baginda mandi janabah, baginda mula dengan membasuh dua tangannya. Kemudian baginda menuangkan air ke tangan kirinya dengan menggunakan tangan kanannya, lalu (dengan tangan kiri itu) baginda membasuh kemaluannya. Kemudian baginda mengambil wudhuk sebagaimana wudhuk untuk mengerjakan solat. Kemudian baginda mengambil air, lalu memasukkan jari-jarinya ke akar rambutnya hingga apabila melihat air telah membasahi seluruh (kulit kepala dan akar-akar rambutnya), baginda mencebuk air (dan menjirus) ke kepalanya sebanyak tiga cebukan. Kemudian baginda menyiram air ke seluruh badannya. Kemudian baginda membasuh kedua kakinya” (HR Imam Muslim).
Dari hadis di atas, dapat kita simpulkan cara mandi hadas seperti berikut;
1. Setelah membaca Bismillah, mulakan dengan membasuh dua tangan. Di dalam hadis yang lain, ada dinyatakan baginda membasuh dua tangannya sebanyak dua atau tiga kali.
2. Kemudian basuh kemaluan dan najis di badan jika ada dengan menggunakan tangan kiri.
3. Setelah itu ambil wudhuk sebagaimana yang biasa dilakukan.
4. Kemudian mulakan mandian dari bahagian kepala terlebih dahulu hingga rata air di seluruh kepala termasuk di celah-celah rambut.
5. Selesai bahagian kepala, lakukan mandian di bahagian badan pula; dari leher ke bawah. Sunat menjirus bahagian kanan terlebih dahulu, kemudian baru diikuti sebelah kiri.
6. Semasa mandi, tangan hendaklah menggosok-gosok badan terutamanya bahagian-bahagian yang berlipat yang dikhuatiri tidak sampai air jika tidak digosok.
7. Akhiri mandian dengan membasuh kedua kaki dan menggosok dicelah-celah jarinya.
8. Ketika mandi itu, jangan lupa berniat di dalam hati melakukan mandi yang diwajibkan atau berniat mandi untuk menghilangkan hadas besar dari badan.
Menyentuh kemaluan tidaklah membatalkan mandi. Ia hanya akan membatalkan wudhuk. Semasa mandi, jika menyentuh kemaluan itu dilakukan dengan niat/tujuan meratakan air ke bahagian kemaluan, tidaklah perlu mengulangi wudhuk kembali selepas mandi kerana sentuhan itu terpaksa dilakukan untuk menyempurnakan mandi wajib. Namun jika sentuhan itu berlaku setelah bahagian kemaluan itu telah diratakan air (semasa mandi itu) atau setelah selesai mandi, maka ketika itu barulah wajib mengambil wudhuk kembali selepas mandi. Adapun mandi, ia tidak terjejas semata-mata dengan menyentuh kemaluan.
Walahu a’lam.
Rujukan;
1. al-Majmu’, Imam an-Nawawi, 2/230.
Sumber : Ilmu & Ulamak





{ 38 comments… read them below or add one }
info bagus nih boleh diamalkan
mr.pingu recently posted..Anda tak Kacak kalau Gemuk – Pingu
tq
Pen Merah recently posted..Cara-cara Mandi Wajib Yang Betul
as.salammualaikum tompang tanya….kalau kita mandi wajib pakai shower mcm mana pulak..adakah sama juga caranya..dan sama juga kiraannya..terima kasih
sama juga…yg pnting niat….dan ratakan air kesuluruhannyaa…
salam…niat?msti ade
kalau mandi menggunakan shower niat semasa air itu disiram ke kepala.
itu kne tyer ustat azhar idrus
mesti lhaa……..sbb niat itu penting
kalau tak de…niat
itu b’arti tdk sah lhaa mandi wajib itu………..
tq
tgk kat utube UAI ade bgtaw…ade 2 syarat je mandi wajib ni..niat & ratakan air keseluruh badan je.adepon yg kne amik wuduk dulu tu..mandi sebelah kanan ke..yg tu lagi afdal.plg mudah niat dan ratakan air je.wallahua’lam
Em…bnde ni memang kene teliti..sbb klau x mndi dgn betul,nnt x sah solat kita…tq atas info ini..
*skema kejap…
cayalah..info bagus..

MaYa Maswany recently posted..Bergumbira sama-sama (part 2)
info yang berguna… mana tahu sebelum2 ni kita buat sambil lewa je ke.. thanks!
perkara orang yg perlu org titik beratkan mmg patut dikongsikan
yg mndi wajib xbetul tu boleh g mandi skng
meor recently posted..MAAFKAN AKU SEBAB TERLAMBAT SAMPAI
ini yang patut kita perbaiki…
minta izin copy yer…
mas recently posted..HIKMAH MEMBACA AL-QURAN
Niat baca sahaja aku mandi wajib kerana Allah taala pun SAH.
klau sentuh kemaluan sah @ tidak mandi hadas tersebut jikalau tersentuh semasa mandi hadas belum siap
thnks atas info yg dbrikn . . boleh dgunakkn dgn manfaat . .
ade x cra2 untuk hilangkn rsa was2 smasa niat mndi wjib? sy sllu rsa was2..:( klau ada
tlg postkn ye. tq:)
ia dan mandi wajib terbagi menjadi 2 cara :
1. Cara yang mujzi` (yang mencukupi/memadai)
2. Cara yang sempurna
Ada dua hadits yang menjadi pokok pendalilannya, yaitu hadits Aisyah dan hadits Maimunah radhiyallahu ‘anhuma.
dan yang dijelaskan diatas adalah cara dari hadis aisyah
Islam recently posted..Cara Mandi Junub (Wajib) yang Benar dan Penyebabnya
Boleh pakai shower ke ?
thanx sbb share ilmu beguna ni.
lpas ni bleh la mndi ngn yakin .
ibadat sah , hidup pn tenang .
thanx ea
salam…nice sharing sis

seneorita baharin recently posted..Save or Discard?
wahh.. sangat berguna pada orang2 yang x pandai mandi wajib dengan betul ni.. admin thanks for u sharing
kebersihan sebagian daripada iman….mantap sob…
sinopsis film recently posted..Sinopsis Film Something in the Way, Reza Rahadian
Assalamualaikum. Aku ada satu pertanyaan, kalau mimpi basah, pastu kita bersahur tapi belum mandi wajib lagi, adakah sah puasa?
nompang nanya…
jika kita mandi di sungai atau di kolam .apakah sama cara nya?
d laut-pun bisa bro… yang penting airnya bersih
mandi dengan cara menyelam dan juga dahulukan kepala….
Kalau mase tertengok bende x elok and terkeluar bende basah tu cne
Lak ehh ?? Itu betol ke air basah tu ? Putih putih tpi x byk mne ..
Ye la tu..tengok bende plik sampai trkluar wlau sket pon kne mandi,lubang qubul pon kne korek buang najis sampai xkluar najis.
Trima kseh atas info..
boleh kha menggunakan air bkan mutlak.maksud saya air dalam baldi.
thanks for the information
Kalau tak amik wuduk dulu sah tak ?
bagaimana cara niat mandi wajib
kalau tidak mengambil wudhuk???
caiho recently posted..Gambar Awan Seram di Langit (Subhanallah!)
boleh x kalo kite mnggunakan air mustakmal