white

Cara Naikkan Trafik Blog

by Pen Merah on January 13, 2013

in Tips Berblog

Salam.

tf Cara Naikkan Trafik Blog

Dua tiga hari ni kalau korang kerap skodeng blog aku mesti perasan kerajinan tahap gaban duduk menghapdet blog suam kuku nih. Dah lama sangat tinggal jadi bila dah mengadap tu macam – macam idea muncul dalam kepala. Sebelum ni, trafik aku mencanak sebab banyak JV fanpages dengan kawan-kawan tapi sekarang dah 3 bulan aku stop JV. Tak mampu nak jaga admin yang terlalu ramai so akibatnya trafik blog menurun. Runsing semestinya ada disebabkan blog merah aku nih mempunyai beberapa advertiser yang sanggup bayar untuk harga trafik yang aku sediakan.

Entri ni sekadar share untuk korang yang berminat nak naikkan trafik blog walaupun tak banyak tapi sekurangnya kita berusaha. Sejujurnya time aku JV page dengan kawan, sehari trafik blog penmerah.com mencecah 30k-40k sehari. Time tu aku JV dalam 6 fanpages yang nilainya dalam 4Million. Of courselaa trafik mencanak ye dak? Tapi baru – baru ni advertiser mintak trafik aku untuk dorang tentukan harga bagi 1 post dan mula lah hati ni gundah gulana. Takkan aku nak JV lagi? Oh tidak! Penat kot kalau hari – hari nak kena pantau admin page! Boleh gila dibuatnya.

Cara aku naikkan Trafik Blog;

SEO

Ikutkan, dah lama benor aku tinggalkan dunia SEO. Dulu rajinlah kejap time dengan blog darkbatman.com tapi setahun selepas bermain seo walaupun 4 bulan tak hapdet, haaaaaaaa trafik sehari mencecah 3k-4k. Tapi untuk blog penmerah, aku memang tak berapa nak main seo sangat cukup sekadar suam – suam kuku jek. SEO ni best tapi kena rajin tapi malangnya aku kemalasan. Apa nak buatkan bila dah mood kelaut macam ni lah jawabnya. kekeke!

Tajuk entri

SEO dah tak boleh ambil kira so apa yang aku buat adalah menghasilkan entri yang berkualiti untuk tarik trafik. Apa yang dinamakan entri berkualiti?Bagi aku entri berkualiti ni mempunyai content yang menarik untuk user baca dan share di facebook! Kat google tu ada beribu content yang korang hanya perlu fikir dan search sebenarnya tapi kena smart. Contoh yang aku baru postkan tadi 9 Nama Anak Syaitan pluss TAJUK memainkan peranan penting dan pastikan tajuk yang korang buat tu menimbulkan rasa ingin tahu pada reader. Dorang klik kerana PERASAAN INGIN TAHU.

pm Cara Naikkan Trafik Blog

Gambar

Kalau dulu seringkali blogger akan fikir ohhh kena gambar seksi baru post laku macam goreng pisang. Bersihkan minda korang ye! Setiap kali nak post gambar untuk entri blog, first sekali aku akan letakkan diri aku ni kat tempat reader. Bukan apa, tak seronok kalau dilabelkan sebagai syok sendiri ye dak? Selalunya aku akan pilih gambar yang cantik, kelakar dan nampak menarik untuk orang BACA! Alaaaaaaaahhh macam remeh jek kan tapi ramai yang abaikan benda remeh ni dan banyak kali ulang benda sama kat aku. So kali ni nahh untuk korang baca lepas ni taknak ulang dah. Ecehh macam cikgu jek!

Short Content

Short Content ni antara yang penting untuk menarik reader terutama bila korang post kat fanpages takpun group blogger. Aku mula belajar pasal short content ni bila tengok fanpages MyNewshub. Tak nafikan Mynewshub punya short content sangat bagus dan aku sendiri pun terikut cara dorang plus terbukti menjadi. Cuma korang kena rajin membaca isu yang nak dikeluarkan dan menggunakan kretiviti sendiri untuk hasilkan Short Content yang menarik. Contoh ada kat bawah tu untuk korang tengok. Cuba lah ye kalau rajin!

MNH Cara Naikkan Trafik Blog

Masa

Setiap kali nak ping post kat group atau fanpages, paling penting korang tahu masa yang ramai orang online. Macam aku pilih waktu tengahari, petang dalam pukul 3-5 dan malam pukul 8-10.  Kalau dulu pukul 12 malam tapi sekarang ni ramai yang kurang online waktu tengah malam. Tak perlu lah nak post setiap jam cukup korang set masa yang penting jek.

Ping

Ping ni selalunya kalau untuk SEO aku pilih Pingoat, Pingler dan busuk sebab mudah nak masuk google. Tapi untuk cara manual trafik, korang boleh join group blogger dan fanpages. Kalau group blogger kalau tak silap lebih kurang 40 group yang ada sekarang ni cuma korang kena pilih group aktif. Kalau untuk fanpages pulak, sekarang ni ada banyak fanpages yang menyediakan tempat sewaan dengan harga serendah Rm50 sebulan. Ada yang bagi korang post sejam sekali dan bergantung kepada owner fanpages. Tengok kepada income yang korang dapat dari blog dan cuba gunakan sebaik mungkin.

ping Cara Naikkan Trafik Blog

Kalau aku ditempat korang, sewa fanpages dan hasilkan fanpages sendiri dengan belajar buat aplikasi untuk naikkan LIKE fanpages. Dengan belajar aplikasi ni, korang boleh buat pelbagai fanpages yang korang suka dan unlimited page tapi kena bijak dalam bermain apps ye takut nanti facebook banned! Wahhh ini sepatutnya menjadi rahsia personal tapi aku BONGKARKAN untuk reader. Alahhh kedekut ilmu tak ke mana pun nanti.

Semangat

Sepatutnya semangat ni kena duduk kat atas sekali. Dalam usaha nak kejar apa yang kita nak, semangat adalah PENTING. Tanpa semangat nanti yang tinggal panas tahi ayam jek. Macam mana aku berusaha naikkan trafik blog? Dapatkan 1M fanpages? Semuanya hasil dari semangat dan kritikan kawan – kawan. Kalau orang tak mengutuk, aku mesti malas nak berusaha. Terima kasihla ye pada yang rajin mengutuk aku tu. Berkat hasil kritikan korang berjaya jugak aku ni walaupun selangkah. Wahahahaaa.

Skodeng

Lepas dah bersemangat waja mesti risiko paling payah nak mentenkan kerajinan. Cara aku mudah jek setiap hari skodeng blog yang buat aku rasa tercabar dan dari situ semangat aku sentiasa ada. Blog yang membakar semangat tu semestinya blog yang jauh kedepan meninggalkan blog aku dibelakang. Sikap aku satu jek, tukarkan perasaan negatif dengki kepada aura positif dan dari situ kejayaan memanggil – manggil untuk bersama kita.Yang penting yakin dan jangan putus asa!

P/s: Kalau korang tak faham jugak, boleh tanya dalam komen bawah entri ni. Insyaa Allah aku cuba jawab ye! Dah berjaya nanti, jangan pulak lupa kat aku nih haaaaaaa. Baidewey, trafik atas sekali tu adalah trafik aku sehingga jam 11 malam tadi dan aku cuma ping hanya dua kali di fanpages 1M dan bukan lagi 4M. Hasil trafik yang sama walaupun bukan lagi ping di 4Million fanpages. Strategi! Strategi! Goodluck!

{ 32 comments… read them below or add one }

Khadijah Syahiera January 13, 2013 at 4:38 pm

Lor….psal blog ke?hehehe…x tahu menahu la.. ;)

Reply

Pen Merah January 13, 2013 at 4:44 pm

hahaahhahaa
Pen Merah recently posted..Cara Naikkan Trafik Blog My Profile

Reply

Khadijah Syahiera January 13, 2013 at 4:45 pm

Hahaha….cepat x sy komen? ;)

Reply

anis athia January 13, 2013 at 4:44 pm

tq kak ann kongsi tips.. banyak lagi yang anis kena belaja dalam dunia blogging ni.. huhuhu…
anis athia recently posted..22th Birthday GiveAwayMy Profile

Reply

Pen Merah January 13, 2013 at 4:45 pm

anis ni msti silent reader kan.. jrg nampak komen.. kekeke
Pen Merah recently posted..Cara Naikkan Trafik Blog My Profile

Reply

Akma January 13, 2013 at 4:53 pm

Waahh… Sgt membantu bagi beginner mcm sy :)
Akma recently posted..SmileMy Profile

Reply

Pen Merah January 13, 2013 at 4:55 pm

boleh cuba klau bminat.. :)
Pen Merah recently posted..Cara Naikkan Trafik Blog My Profile

Reply

Akma January 13, 2013 at 4:56 pm

Ya. memang berminat… Sokong Penmerah Network 101%
Banyak sangat Info bermanfaat kat sini~
Akma recently posted..SmileMy Profile

Reply

Pen Merah January 13, 2013 at 4:58 pm

err dr penmerah network ke?kekeke
Pen Merah recently posted..Cara Naikkan Trafik Blog My Profile

Reply

Akma January 13, 2013 at 5:01 pm

Hehehe ni facebook punya pasal~
Slalu kan naik notification dari Penmerah Network ^_^
Wink2…!
Akma recently posted..Rindu sama kamu :pMy Profile

Muhammad Zaid bin Zahri January 13, 2013 at 4:58 pm

thanks kak Pen kerane kOngsi tips reader….banyak lg saye nk kena belaja dalam dunia blogging ni….hihihihh

p/s : ade blog, tp ade satu post, dh lame x bukak, hihihihih, dh kelaut rase nye, hihihih

Reply

Pen Merah January 13, 2013 at 4:59 pm

ade blog? hahaha. rse ko penah gtau tp ingat2 lpe.. hahaha…
Pen Merah recently posted..Cara Naikkan Trafik Blog My Profile

Reply

Muhammad Zaid bin Zahri January 13, 2013 at 5:02 pm

hahahah, ade jer, tp x penah pun bukak, idea ade tp belum smpai kapan waktunya untuk menulis dan berkongsi tips, hihihihih

Reply

meor January 13, 2013 at 5:01 pm

mmg bagus tp sy xde page nak kongsikan.. cam penmerah :’(

Reply

Mac Ha January 13, 2013 at 5:04 pm

em..em..em(tgh cube nak paham..hehe)

Reply

rose saifol January 13, 2013 at 5:07 pm

saya pn masih bertatih lg dlm dunia blog nie…masih cuba mempelajari dan cuba memahami….tp masih x brp nk faham…

Reply

Ainonmardziah January 13, 2013 at 5:24 pm

blog penmerah n fanpages penmerah mmg mnarik minat sy nk dalami dunia blogger..mcm best dpt bkongsi ilmu yg kita ada wlaupun ilmu yg ada msih sbesar buih2 dlautan..huhuhu..tpi sy xreti nk gunakn blog org fanpages..huhuhu..buta IT sikit..hehehehe :)

Reply

Anuar January 13, 2013 at 6:05 pm

Terima kasih di atas perkongsian info.. Lepas ni boleh lah saya praktikkan info yang dikongsikan…. Manalah tahu boleh tingkatkan trafik sehingga ke tahap gaban macam blog Pen Merah…
Anuar recently posted..Rezeki Melalui Pelaburan Emas Tanpa Modal.. Syukur Alhamdulillah..My Profile

Reply

Fareto January 13, 2013 at 11:13 pm

Nampaknya banyak benda yang saya tak tahu tentang dunia blog ini. Part yang SEO saya kurang faham. So far saya hanya guna cara blog walking and join group blogger jer. Thanks for the tips Pen Merah! :)
Fareto recently posted..Jalan-jalan BAWA makanMy Profile

Reply

onie January 13, 2013 at 11:24 pm

wahh kak anne ,tq tq :)
onie recently posted..Part 3: warna-warni bilikkuMy Profile

Reply

wkk January 13, 2013 at 11:31 pm

Boleh tlg bgtau mcm mane nk tau trafik dengan wordpress?

Reply

Mama Hanim January 14, 2013 at 12:34 am

tips yg sgt bagus.. tq2.. amat berguna utk blogger. Byk sgt lagi yg perlu dilakukan dgn blog saya tu utk lbh maju nampaknya..huhu..
Mama Hanim recently posted..Himpunan Kebangkitan Rakyat KL 112 Stadium Merdeka (Gambar)My Profile

Reply

faiz January 14, 2013 at 1:33 am

Seo nk blajor kt mane yep?
faiz recently posted..Tidak Dapat Memohon??My Profile

Reply

MaYa Maswany January 14, 2013 at 4:38 am

yups,tajuk memang jadi salah satu faktor daya penarik..baru beberapa hari tak jenguk blog akak, mas dah tertarik lebih 3 entry brdasarkan tajuk ..cayalah!
MaYa Maswany recently posted..Bergumbira sama-sama (part 2)My Profile

Reply

ida January 17, 2013 at 8:26 am

macam mana nak main SEO?? try re search kat blog ni tapi xde search button pun =P.
ida recently posted..Post-AGAC 2012My Profile

Reply

Pen Merah January 18, 2013 at 2:42 am

seo xbyk kt blog ni tp blog lain

Reply

Blog Asyraf January 24, 2013 at 6:58 am

Entri yang berguna untuk sy!
Blog Asyraf recently posted..Doa Dapat JodohMy Profile

Reply

hanafi abdullah January 29, 2013 at 12:59 pm

Saya sangat teruja untuk mendengar pengalaman dan perkongsian orang telah berjaya.
hanafi abdullah recently posted..May I Speak English?My Profile

Reply

rumorslogy January 30, 2013 at 1:17 am

tips yang menarik..tq
rumorslogy recently posted..Tutorial Remove apps “Xperia™ Smartphone from Sony” dari FBMy Profile

Reply

Abdul Hadi April 14, 2013 at 7:18 am

sebenarnya tak berapa faham sangat tentang SEO dan PING nih, kena belajar banyak lagi, tentang nak pilih tajuk tu bolehla sikit-sikit,
Apapun terima kasih banyak sebab kongsikan yang berguna gini
Abdul Hadi recently posted..jom bertindakMy Profile

Reply

shah July 4, 2013 at 7:40 am

Terima kasih untuk informasi yang berguna. Ingin jadi penulis?-Senarai penerbit buku popular di malaysia

Reply

kiosnetmbo December 31, 2013 at 2:10 pm

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post:

SKYBOX MURAH! MURAH! MURAH!