white

Femes vs Dikenali

by Pen Merah on January 12, 2013

in Cerita Aku

Salam.

5393107850 2e99a458dd Femes vs Dikenali

Semalam aku ada borak dengan sorang kawan blogger bergosip tentang blog masing – masing. Dah lama sangat meninggalkan zaman berblog kali ni boleh pulak keluar topik Femes vs dikenali. Perkara biasa bagi aku yang akan bercakap tentang blog bila berjumpa kawan dalam dunia blogger tapi mungkin awkward bagi korang yang belum bergelut dalam dunia online. 

Dunia blog sekarang dah jauh dari dulu. Sebelum ada fanpages, siang malam aku berhempas pulas naikkan trafik sampai tak kenal makan minum tapi sekarang dah ada fanpages punya kemalasan nak hapdet blog. Nampak? Time susah rajin benor usahanya bila dah dapat mula tak hargai? Hishhhh apa nak jadi dengan aku ni. Kekeke.

Topik yang kitaorang borak semalam pasal Blogger Femes dan Blogger Dikenali. Sebelum ni, aku sendiri pun confuse sebenarnya sampaikan aku rasa femes vs dikenali adalah istilah yang sama. Lately, semakin ramai blogger event yang muncul macam cendawan dan tak kurang jugak dengan advertiser yang cari blogger dikalangan mereka yang aktif hadir ke event untuk cover up story dengan harga yang dorang rasa lebih berbaloi. Tapi ada jugak yang free wooo.

minat blog Femes vs Dikenali

Kenapa aku pilih blogger event? Pendapat aku secara personal, menjadi blogger event ni mudah dikenali kerana bergiat ke sana sini jadi nama mudah dijual. Bukan aku kata blogger tak pergi event tak dikenali cuma kebiasaannya mereka yang suka turun event mudah dikenali terutama oleh advertiser. Senang kata mudah nak cari makan aka poket penuh! Tapi aku nih bukanlah blogger event yang aktif sangat pun. Cane poket nak penuh nihh. Hikhik

Femes bagi aku apabila mempunyai blog dengan penulisan yang seronok dilayan dengan reader yang tak henti support plus plus plus mempunyai income yang kebabooom! Cuma ada sesetengah blogger sekarang ni yang dilabelkan sebagai dikenali mula melabelkan diri sendiri femes dan jugak mula lupa di mana kaki sedang berpijak.

Dengan nama DIKENALI mula menggunakan kuasa media social untuk menjatuhkan sesama sendiri yang mana bagi aku sangatlah menyedihkan. Kita sesama melayu, sesama berusaha untuk majukan diri sendiri dan sesama jugak mencari sesuap nasi di medan Online. Kenapa mesti ada perasaan hasad dengki ye?Itulah manusia kan hati takkan sama.

P/s: Semoga aku sentiasa tak lupa di mana kaki berpijak dan sentiasa berusaha memperbaiki kekurangan yang ada. Selama 3 bulan ni, aku pun dah slow down pergi event  sebabnya kadang-kadang bila nama dikenali, semakin banyak dugaan menanti kemudian hari. Semakin sakit untuk melangkah lebih tinggi. *sigh

{ 13 comments… read them below or add one }

Khadijah Syahiera January 12, 2013 at 1:46 pm

Jd…kakyong yg mane?femes atau dikenali?hahahha… ;)

Reply

Pen Merah January 12, 2013 at 1:48 pm

itu yg ko tye kak petir? kekeke.. dua2 xnk.. better low profile.
Pen Merah recently posted..Femes vs DikenaliMy Profile

Reply

Khadijah Syahiera January 12, 2013 at 2:53 pm

Bagus tuh….hehehe….jgn pilih due2…

Reply

zul hakimi abdul karim January 12, 2013 at 1:48 pm

kakyong kedua-dua skali kot kat petir..huhu

Reply

Pen Merah January 12, 2013 at 1:48 pm

ini sengal… weyh korg berpakat nihhhh
Pen Merah recently posted..Femes vs DikenaliMy Profile

Reply

Muhammad Zaid bin Zahri January 12, 2013 at 3:20 pm

nk jOin jgk la
hihihih
kedua dua kOt
hihihih

Reply

Khadijah Syahiera January 12, 2013 at 4:07 pm

Eh2…kami x berpakat tp sepakat.. :P

Reply

Fareto January 12, 2013 at 1:55 pm

Pen Merah amat dikenali sampai mak saya pun kenal walaupun dia bukan blogger.
Fareto recently posted..Jalan-jalan BAWA makanMy Profile

Reply

wkk January 12, 2013 at 11:13 pm

hahaha…. :D

Reply

meor January 12, 2013 at 2:06 pm

kak yong femes

Reply

pnsheila January 12, 2013 at 5:38 pm

tak baik tu jatuh dan menjatuhkan sesama makhluk… harap blogger bersaing dgn sihat… rezeki masing-masing kan… Allah akan menguji umatnya dgn pangkat, nama, dan harta…
pnsheila recently posted..Bila Kakak dan Adik Serbu OfisMy Profile

Reply

Pen Merah January 13, 2013 at 5:57 am

lame pnsheila x masuk sini..hehee.. yup.. hrp2 cmtulaa..
Pen Merah recently posted..Femes vs DikenaliMy Profile

Reply

MaYa Maswany January 14, 2013 at 4:41 am

yups, ramai blogger femes amos..pieewiit..hihihi
tak kisahlah,pandai2 la mereka nak ke saluran mana,as long best still best,selagi tuh tak bosan nak datang n baca..kan..?
MaYa Maswany recently posted..Bergumbira sama-sama (part 2)My Profile

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post:

SKYBOX MURAH! MURAH! MURAH!