white

Filem Kl Gengster 2 l Sinopsis & Gambar

by Pen Merah on August 21, 2013

in REview Movie

521909 594202703958635 1552838379 n Filem Kl Gengster 2 l Sinopsis & Gambar

KL Gangster 2 merupakan filem arahan pengarah Syamsul Yusof yang akan (release) menemui penonton di pawagam tidak lama lagi. Dalam pada itu Syamsul Yusof bercadang untuk menukar judul filem ini, KL Gangster 2: Prekuel kepada KL Gangster 2: The Beginning.

Ini kerana mahu mengelakkan kekeliruan di kalangan penonton yang kurang memahami maksud istilah ‘prekuel’ yang digunakan dalam filem tersebut. KL Gangster 2 bukanlah kesinambungan atau sekuel kepada bahagian pertama filem itu sebaliknya memaparkan bahagian pengenalan kepada KL Gangster (2011) yang menelan belanja sebanyak Rm3.3 juta.

 

Sinopsis KL Gangster 2

KL Gangster 2 mengisahkan tentang bagaimana 2 orang adik-beradik iaitu Malek (Aaron Aziz) dan Jai(Adi Putra) secara tidak langsung terjebak dalam dunia gangster setelah kematian ayah mereka 10 tahun lalu. Semenjak kematian ayah mereka, kehidupan mereka sekeluarga dalam serba kesusahan di samping ibu (Ku Faridah) mereka sering ketakutan gara-gara ugutan dari kumpulan gangster yang menagih hutang ayah mereka

Disebabkan kesempitan wang dan keperitan hidup maka Jai menjadi semakin liar hingga sanggup melakukan apa saja demi wang bagi mengubah nasib hidupnya dan mendapat tentangan hebat dari keluarganya. Malek semakin buntu memikirkan masalah yang dihadapi dan ditambah pula dengan laporan dari doktor yang mengesahkan ibunya mengidap penyakit barah. Lagi memilukan apabila adik beliau, Shera telah diperkosa

Sementara itu, Tailong (Rosyam Nor) merupakan antara gangster terbesar di KL yang giat menjalankan kegiatan-kegiatan haram. Segala tindak tanduk Tailong tidak disenangi oleh gangster-gangster lain namun terpaksa akur dengan kekuatan Tailong

Pada masa yang sama, King (Riduan Hashim) dan Shark (Syamsul Yusof) merancang untuk memperkukuhkan kedudukan bagi menjatuhkanTailong dan meminta pertolongan dari rakan baiknya iaitu Malek dengan menawarkan ganjaran yang besar. Malek menerima tawaran tersebut bagi menampung kos ibunya dan membayar hutang ayahnya. Namun kegiatannya tidak disenangi oleh ibunya dan mereka telah dihalau dari rumah

King menjadi lebih berkuasa atas bantuan Malek dan kehadirannya membuatkan Tailong berasa tergugat dan beliau merancang untuk menghapuskan King dan Malek. Terjadi pertempuran hebat antara 2 kumpulan gangster terbesar di KL apabila Tailong menyerang King dan Malek

Mereka hampir tumpas ditangan Tailong namun terselamat apabila polis tiba dan berjaya melepaskan diri. Pada masa yang sama, Malek ternampak “tattoo” yang sama di badan Tailong dan pembunuh ayahnya. Bermulanya konflik dan dendam antara Malek dan Tailong.

Berjayakah Malek membalas dendam terhadap Tailong untuk ayahnya?Berjayakah King dan Shark mendominasi seluruh kawasan di KL?Apakah kesudahan nasib Malek, Jai dan Ibunya?

390464 280701055308803 1735855606 n Filem Kl Gengster 2 l Sinopsis & Gambar

377072 287961034582805 1552163647 n Filem Kl Gengster 2 l Sinopsis & Gambar

385511 292295920815983 1615016567 n Filem Kl Gengster 2 l Sinopsis & Gambar

380859 298024263576482 1786946653 n Filem Kl Gengster 2 l Sinopsis & Gambar

 

Filem KL Gangster 2 menjalani penggambaran bermula 1 Disember tahun lalu memilih beberapa lokasi menarik seperti sekitar Kuala Lumpur, Lembah Klang dan Batu Gajah, Perak sebagai lokasi.

Pelakon KL Gangster 2 : Aaron Aziz (Malek) dan Rosyam (Don), filem ini turut dibintangi Zizan sebagai Fadil, Adi Putra (Jai), Ridzuan Hashim (King), Soffi Jikan (Ajib), Sheera Iskandar (Zati), Ku Faridah (ibu Malek, Jai dan Zati) dan Adam Corrie

 Filem Kl Gengster 2 l Sinopsis & Gambar

P/s: Tak sabar nak tengok Filem Kl Gengster 2 di pawagan 3 Oktober 2013. Mesti gempak punya! Skop Production memang terbaik! Mesti korang pun tak sabar nak tengokkan? Cer komen sikit. =p

Credit pic : Thehitman Nazri

{ 1 comment… read it below or add one }

Anuar August 22, 2013 at 4:49 am

Pasti dah ramai tak sabar nak menonton KL Gangster 2… Lebih-lebih lagi nak tengok Zizan Raja Lawak.. hehehe
Anuar recently posted..Poligami Dan Alam Perkahwinan berdasarkan pandanganku…My Profile

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post:

SKYBOX MURAH! MURAH! MURAH!