FullHouse Menu Spaghetti yang Menyelerakan l Pekat dan Sedap!

by Pen Merah on April 4, 2012

in Jalan Jalan Cuci Mata

Salam..

Optimized IMG 3937 FullHouse Menu Spaghetti yang Menyelerakan l Pekat dan Sedap!

Waahhh kat depan entri aku tempek gambar Alfredo Spaghetti yang aku makan kat Restoran Fullhouse Sunway Giza, Kota Damansara. Sebelum nih aku pernah pergi kat Sunway Pyramid tapi kali nih sebab kempunan pasta dia dengan rajinnya aku menapak lagi sekali. Mana pergi diet aku? Okeh, diet aku hancur hari nih. Kahkahkah! Mulanya nak pergi kat One Utama tapi ehhh takde. Giza pon bole! 

Optimized IMG 3967 FullHouse Menu Spaghetti yang Menyelerakan l Pekat dan Sedap!

Aku order Alfredo Spaghetti siap ada ayam dan mushroom dengan sos dia perghhh perghhh pekat gila! Makan separuh jek dah buat perut aku kenyang. Nikmat dia memang tak boleh nak compare dengan mana – mana spaghetti kat tempat lain. Harga pun tak sampai Rm20 lebih sedap daripada Kenny Roger dengan Secret Recipe.

Kalau tengok luaran restoran ni, mesti korang fikir takut nak masuk sebab nampak gah semacam. Memula tu aku pun fikir benda yang sama tapi nak try punya pasal, redah jek. Rupanya takdelah semahal kat restoran Theobroma dengan Tgi Fridays. Makanan pun lagi sedap!

Optimized IMG 3935 FullHouse Menu Spaghetti yang Menyelerakan l Pekat dan Sedap!

Lately, aku lebih suka order lime juice. Alaaa air versi limau nipis tu tapi rasa masam lebih sikit daripada biasa. Yang dalam teko putih  tu air crime partner aku. Kemain dia order herbal tea kot? Aku lupa laa sebab tak sedap jadi otak aku susah nak ingat. Pahit gila sesuai untuk orang demam kata dia.

Optimized IMG 3961 FullHouse Menu Spaghetti yang Menyelerakan l Pekat dan Sedap!

Crime partner aku order tu haa Lamb chop kot? Aku pun lupa nak tanya dia. Kalau menu lamb aku kureng sikit sebab orang tua kata kalau banyak makan daging kambing nanti mudah darah tinggi. Cepat boleh penyakit free! Eceh, macamla pandai sangat nak jaga kesihatan.

Optimized IMG 3954 FullHouse Menu Spaghetti yang Menyelerakan l Pekat dan Sedap!

Nampak menyelerakan tapi aku tak makan sebarang bentuk daging bernama lamb melainkan aku tak tahu nama dia Lamb. Kalau termakan, memang aku buat – buat tak sedar la. Kahkahkah!

Optimized IMG 3982 FullHouse Menu Spaghetti yang Menyelerakan l Pekat dan Sedap!

Abaikan muka aku yang tak mekap tadi. Kalau setakat pergi makan, aku malas sikit nak mekap melainkan ada event berselang baru sibuk nak touch up muka. Layankan jekla muka tak bermaya dari aku. B ibir pun nampak pucatkan? Wuwuwuuu.

Optimized IMG 3972 FullHouse Menu Spaghetti yang Menyelerakan l Pekat dan Sedap!

Sebagai menu last tadi, aku order fried chicken wing sebab nak gabungkan dengan Alfredo Spaghetti yang aku tak fikir ada banyak ayam dalam tu. Rugi pun ye jugak sebab aku order 6 ketul tapi tak habis. Perut perempuan besar mana la sangatkan? Nafsu makan jek yang lebihnya.

P/s: Aku suka gila dengan suasana dalam restoran nih nampak macam eksklusif dan tenang jek. Nak makan pun rasa senang hati takde gangguan luar.

{ 13 comments… read them below or add one }

niedaida April 5, 2012 at 12:58 am

terus lapar tengok gambr spghtti tu.hahahaha:)
niedaida recently posted..❤PENMERAH penbiru U tegur I MALU ❤My Profile

Reply

cumi94 April 5, 2012 at 8:45 am

everything looks so yummy!
cumi94 recently posted..What I’m Going To Do Next?My Profile

Reply

Nur ainin sofia bt mohd noor April 5, 2012 at 8:57 am

yummy-2!!
Nur ainin sofia bt mohd noor recently posted..Kem Jati Diri SMKMS 2012My Profile

Reply

9n0L4 April 5, 2012 at 1:25 pm

haha. same je kite. tang mkn daging tu. :p
9n0L4 recently posted..Segmen : Suaikenal | Taaruf | Ice-breakingMy Profile

Reply

maya mustwany April 5, 2012 at 4:14 pm

fuhh tiba2 perut makin lapar..hahaha
maya mustwany recently posted..PERSONALITI MENGIKUT MINUMANMy Profile

Reply

Mrs Ariena April 6, 2012 at 6:32 am

sedapnye..macam best je..
Mrs Ariena recently posted..#Wordless Wednesday 5# Cara Membuat Ice creamMy Profile

Reply

NadyaBubble April 7, 2012 at 4:44 am

Bila entah dapat merasa pergi Full House ni.
NadyaBubble recently posted..I Love You – Najwa LatifMy Profile

Reply

Aien_aen April 9, 2012 at 10:02 am

Terus lapo bace entry nie

Reply

Ammar April 14, 2012 at 3:53 pm

Akak…. Bila nak belanja saya makan?
Ammar recently posted..keputusan penuh liga super 14 april 2012My Profile

Reply

rushdan July 17, 2012 at 8:06 am

salam. betul ke pasta kat situ sedap. Saya peminat pasta. Tak tau mana nak makan pasta yang sedap. Last makan kat secret recipe. Series aku bleh cakap. x sedap langsung. kalau ada jumpe kdai pasta yang sedap giler. tolong post kat emel atau website beserta harga sekali. k bye.
rushdan recently posted..Review penggunaan append(), appendTo(), prepend(), prependTo() , after(), insertAfter(), before() dan insertBeforeMy Profile

Reply

rushdan July 17, 2012 at 8:07 am
klANA August 13, 2012 at 10:20 pm

nmpk sdp mkanan kt ctu..nyum2.. decor pun cantek (^o^)v
klANA recently posted..Resepi Spaghetti Simple – Kuah PedasMy Profile

Reply

Shida January 11, 2013 at 7:54 am

Teringin nk mkn kt Fullhouse, taP tiada logo HALAL :(

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post:

SKYBOX MURAH! MURAH! MURAH!