Gangnam Bermaksud ‘Saya Ingin Menjadi Yahudi’?

by Pen Merah on September 3, 2012

in Hiburan

Salam..

gangnam style 565x446 Gangnam Bermaksud ‘Saya Ingin Menjadi Yahudi’?

Rasanya ramai dah tahu dan mungkin ada yang tengah demam dengan lagu Gangnam Style nih. Beberapa hari ini ada sistem pesanan ringkas (SMS) dan twitter yang berlegar dengan kata-kata berikut;

Gangnam bermaksud ‘Saya Ingin Menjadi Yahudi’ sebarkan untuk Agama Islam. #ShareThis ! Subhanallah. Macam2 sekarang niehh !

Benarkah itu maksud gangnam style?

Jangan Malukan Umat, Ini Maksud Sebenar ‘Gangnam’

Memang tak senonoh video clip Oppa Gangnam Style nyanyian PSY yang menjadi viral secara tiba-tiba di Asia dan Amerika Syarikat. Tetapi sesenonoh mana pula penyebaran dakyah kononnya untuk kebaikan umat Islam bahawa Gangnam bermaksud “Saya Ingin Jadi Yahudi” ?

Jawapannya tiada faedah, malah memalukan umat Islam kerana bila tiba ke pengetahuan masyarakat bukan Islam, umat Islam akan dipermalukan dengan celaan seperti ‘bodoh’ , ‘tak buat kajian’ dan ‘cetek ilmu’.

Jadi, apakah Gangnam itu?

Technically, ‘Gangnam’ means Seoul south of the Han River. (gang = river, nam = south) . But in general sense, when Koreans say Gangnam, they refer to a particular district called ‘Gangnam-gu’.This district, or gu, is one of the most well-off areas in Seoul, and here you can see the fanciest buildings and the busiest workers and students in Korea.

Seperti yang tertulis di Wikipedia :

Gangnam-gu is one of the 25 gu (local government districts) which make up the city ofSeoul, South Korea. It is one of the most affluent areas of Seoul and is located in the southeast of the city. It is served by Seoul Subway Line 2, Seoul Subway Line 3, Seoul Subway Line 7, Seoul Subway Line 9, Bundang Line and the Sin Bundang Line.

gangnam peta 225x300 Gangnam Bermaksud ‘Saya Ingin Menjadi Yahudi’?

Menurut orang Korea, Gangnam-gu merupakan kawasan dalam Seoul yang dihuni artis-artis, penuh dengan bangunan rekaan moden, mahal, ada style dan mereka menyamakan Gangnam dengan Beverly Hills di Amerika Syarikat. Oppa pula ialah panggilan hormat mereka kepada lelaki yang lebih tua seperti kita menyebut ‘abang’ atau ‘encik’ . Maka mamat gemok yang popular tiba-tiba itu menyanyikan lagu yang bertajuk ‘ cara encik gangnam’.

Negara Yahudi sebesar Amerika Syarikat pun tak pernah ada tempat dengan nama bermaksud “I wanna be Jews”. Seharusnya kita tidak sembrono menyebarkan sesuatu yang memalukan kita umat Islam secara keseluruhan akibat perbuatan dangkal hasil tangan puak-puak tertentu yang belum tentu lagi kita tahu pegangan akidah mereka. Boleh jadi ia dilakukan oleh orang kafir sendiri bagi memalukan umat Islam.

P/s: Apa pendapat korang???

{ 63 comments… read them below or add one }

ked September 3, 2012 at 5:46 am

haih..
saye setuju sangat wahai akak pen merah..
saye tah paham camne lah boleh timbulnya maksud gangnam tu dan yang paling pelik sekali, ada jugak orang nak percaya..
saye pun takde la taw sangat pasal korea tapi saye memang tahu ada tempat nama gangnam kat sane..
bab2 ni, cepat pulak nak percaya pastu sebar merata2 kat semua orang..
daripada dok kaji bahasa yahudi tu baik la kite semua paham isi kandung al-Quran..
ada jugak faedahnya kan..

Reply

Pen Merah September 3, 2012 at 5:54 am

hahahaha.. setuju ked..
Pen Merah recently posted..VIDEO: Penyanyi Korea ‘Psy’ Ajar Cara Menari Gangnam Style Yang BetulMy Profile

Reply

Anuar September 3, 2012 at 5:52 am

Betul tu saya setuju.. Sebelum kita terpengaruh dengan sebarang dakyah atau hasutan kita perlu menyiasat terlebih dahulu apa maksud pekataan tersebut..
Anuar recently posted..Tip Lulus Peperiksaan Bertulis Pegawai Pembangunan Masyarakat S41My Profile

Reply

izza azieta hashim September 3, 2012 at 5:55 am

setuju sangat

Reply

hafiz September 3, 2012 at 6:00 am

nasib baik diorang tak cakap gangnam style tu style pengikut freemason..hehehe
hafiz recently posted..I Art You MalaysiaMy Profile

Reply

firdaus September 9, 2012 at 3:37 am

bkn ker yahudi ngan freemason tu sme jer ??

Reply

anonymous September 3, 2012 at 6:01 am

ikut niat di hati juga…asal permulaan iman ialah dari niat hati…kisah ini hampir serupa dengan kontroversi poco-poco…jikalau niat bukan hiburan terlampau,terselamatlah kita dari fitnah dunia.betul tak?

Reply

Abang Jem September 3, 2012 at 6:16 am

Betul3x….(versi Upin Ipin)

Reply

insan biasa September 3, 2012 at 6:28 am

niat hati??
tapi bukan ada simbol2 lucah ka tarian 2..
klu da ada simbol lucah 2 bukannya dah katogori melampau ka?
rasanya poco2 xda simbul lucah..
*saya x arif sngt hanya memberi pandangan..*

Reply

sha September 3, 2012 at 1:57 pm

poco2 2 tarian y berbentuk lambang agama kristian,cuba lihat pada gerakan poco2 2 kan bntuk lambang kristian,klu xpasti sila rujuk ceramah ustaz Azhar Idrus tntang tarian poco2,,

Reply

mohd September 3, 2012 at 6:14 am

macam mane ko yahu ??…

Reply

Abang Jem September 3, 2012 at 6:15 am

tahu kew yahu ni?

Reply

Abang Jem September 3, 2012 at 6:15 am

Mula2 sekali sebelum sy ikut gangnam style sy cuba google dulu kot2 ada unsur2 tak baik…..lagu cuma seksi jer dan terpulang pada penerimaan individu tersebut sendiri,biasalah org kita bila ada kemajuan,mula lah ada dengki.

Reply

Ganglam ( Gang Islam ) September 3, 2012 at 7:05 am

Dah diberi nama GANGNAM ( SAYA INGIN MENJADI YAHUDI ) jangan lah kita nak mengikut pula..Pertahankan Islam itu lebih bagus daripada mengikuti jejak langkah tarian seperti menaiki kuda..Orang kafir memang nak menjatuhkan Islam..Lebih2 lagi orang Islam mengikuti, lagi lah suka si Kafir..Dunia sekarang nak kiamat macam2 berlaku..Kena berfikir tindakan seseorang samada betul ataupun tidak..Islam itu indah..Islam tidak sama dengan mana2 agama kerana Islam suci, bersih..

Reply

Hamba Dho'if September 3, 2012 at 7:49 am

betol2

Reply

say_what September 3, 2012 at 6:42 am

Saya tak setuju, kenapa nak menuding kepada “Boleh jadi ia dilakukan oleh orang kafir sendiri bagi memalukan umat Islam” .. Org len plak kene?

Reply

ted September 3, 2012 at 6:58 am

macam2 sungguh.
benda2 tu membuat kita fikir, sape sebenarnya yang anta teks yang video psy ‘gangnam style’ membawa maksud saya nk jd yahudi?
hadoi laa.
umat manusia mmg la pelik-pelik. dulu bieber pun kene jugak kn, pemimpin remaja illuminati dunia?
pikir la ye.
kat dunia ni, ade pilihan. buat pilihan. kalau benda tu tak bagus jangan di ikut. ikut yang elok2 je.

Reply

nima September 3, 2012 at 7:01 am

Kalau setiap perlakuan kita nk dicari persamaan dgn yahudi sy rasa hampir 90% menyamai yahudi. Bermula dari makanan, cara makan, pakaian, cara kerja dan bermacam2 lagi termasuklah hiburan. Yg penting ikut niat dihati. Jika semua x boleh dibuat dgn alasan ‘mengikut cara yahudi’ sy rasa kena duduk rumah je la…. Jika kita tahu maksud sesuatu perkataan itu benar2 memuji yahudi patut laa kita jauhkan…

Reply

avo September 9, 2012 at 10:52 am

Apa yg dmksdkn dgn “Jika semua x boleh dibuat dgn alasan ‘mengikut cara yahudi’ sy rasa kena duduk rumah je la”? Sempit sngt ke islam smpai bleh jd cmtu? satu lg ayat yg brbunyi “Jika kita tahu maksud sesuatu perkataan itu benar2 memuji yahudi patut laa kita jauhkan”. Dlm islam kita d ajar dmana jika mngikut ssuatu budaya atau cara hidup golongan trtntu maka dia adlh golongn trsbut. yahudi dan nasrani tidak akn redha sehingga mngkut cara mereka. Mksdny x pyh masuk agama yahudi ngn kristian pn x pe asal ikut tlunjuk dan cara hidup mreka iaitu nasrani = tarian gangnam bg topik ni.

Reply

pocoh-pocoh September 3, 2012 at 7:09 am

Toksah nak hingaq sgt pasal korean2 bagai ni..
Kalo kat mesia ni sumer rakyat layan samir yusof nge maher zain, tadaknya gangnam gamapang ke pebenbe pelik2 ni org nak bising2..

Ni media pon satu hal, taksub sangat kejar populariti melalui penjualan berita2 pasal budaya orang.. Tapi budaya sendiri tersisih tanpa ada yang menjaga batasan yang sepatutnya.

Tipikal media meleis.. Apa yang baru kat negara orang difeymeskan, later kuarlah tajuk “Malaysia juga mampu membuat gaya mereka”.

Reply

pen kuning September 8, 2012 at 10:03 am

betul tu . buat la lagu tentang lain . ni dak tentang FACEBOOK saje dlm lagu . idea negara luar . kita punya KAMPUNGCHAT la bro . buat la bertemu di kampungCHAT ku jatuh hati padamu … ye dopppppp?? nak bahan . bahan la sampai demam . YANG PENTING Admin tAKan tunggu seru kot ?? hihi

Reply

nobady September 3, 2012 at 7:15 am

kenapa sesuatu benda tu kalau ramai yg suka pasti salah di sisi agama islam.contohnya gangnam ataupun ada yg cemburu

Reply

Hamba Dho'if September 3, 2012 at 7:51 am

rujuk Al-quran dan Alhadis

Reply

sarah September 3, 2012 at 7:20 am

saya agree!!!da kaji dulu dah pasal apa maksud gangnam tue bila dia cam jadi virus…:)

Reply

Sally Yatiey September 3, 2012 at 7:39 am

Macam2..
Sally Yatiey recently posted..September!My Profile

Reply

kaha September 3, 2012 at 7:50 am

jangan taksub dengan budaya yahudi yang xsepatutnya kita jadikan sebagai idola…

Reply

Hamba Dho'if September 3, 2012 at 7:56 am

Ada benda baik lagi dlm ISLAM yg boleh diikut…siap dpat phala lg…

Reply

pikir sendiri September 3, 2012 at 8:00 am

kalau macam tu, aloq staq style pun bleh jadi ‘Saya ingin menjadi yahudi’ la?
Budak sekolah rendah mana la yg tulis artikel ni. adoii…mmg betol lagu tu lagho..tp apa kaitan nama tempat dengan saya ingin menjadi yahudi? mai nak sekeh pala tu sikit..grrr!

Reply

FaiZ September 4, 2012 at 9:43 am

aku rasa ko ni takbaca sampai habis artikel ni…apsal yg nak sekeh kepala penulis artikel ni plak? meh aku nk sekeh pala ko…

Reply

syahira September 3, 2012 at 8:04 am

Assalamualaikum..
sayangku yg tidaku kenali..
salah tafsir nie yunk… Gangnam adalah satu nama sebuat tempat yang bernama “Gangnam-gu, Seoul, South Korea” search google map syg… cth MALAYSIA STYLE… why dia buat gangnam style sebb d negara tue cara mereka melakukan “sex” adalah dgn tarian yg d lakukan dlm video clip si psy tu… tpi ia tidak ade kne ngene dgn “YAHUDI” yg syg cuba maksudkan… cik pen merah dan bace ke belum meaning of the full song??
dia menceritakan bagaimana cara si gadis d siang gadis yg sopan dan d mlm menjadi lia… dan begitu juga si jejaka… fahami lagu tersebut sebelum anda mengeluarkan statement yg tidak benar sama skali.. memang lagu nie x baik.. sebab ia x senonoh…. tpi tiada hubung kain dgn YAHUDI.. dan d terangkan semula.. GANGNAM adalah nama sebuah tempat di SOUL KOREA syg…… tq … harap maklum saya pun org islam .. saya menyelidik dan memahami sebelum saya smpaikan d sini… tq.. :)

Reply

aku org September 5, 2012 at 3:10 pm

agreed~sy pn plik jga bila dikaitkan mksud gangnam styletu dgn “saya-nak-jadi-yahudi” tu..sbb gangnam tu nma tmpat…
bila blik topik MV dia..mmg laa dasat sgt bg kita org islam nih~so amek ap yg baik dan amalkan..yg buruk jdkn sempadan n peringatan..
hrp para blogger tlg cek fakta b4 repost^^, spy fkta yg kita kongsikan tu adalah yg benar…

Reply

yUyUN September 3, 2012 at 8:07 am

eh.. sorry salah blog… tpi atlist u know better… ia xde kne ngena dgn YAHUDI … k luv..

Reply

ej September 3, 2012 at 8:22 am

nasib baek la sy tak pernah dengar lagu nie dan bukan peminat setia Kpop.

Reply

hantu September 3, 2012 at 8:26 am

aku pon x mnat k-pop ntah ape da diorang nnyie pon aku x pham…

Reply

Fuck..all..Yahudi September 3, 2012 at 8:24 am

Asal x adew kne mngene dgan YAHUDI plak…Gangnam tu kan Makne nye !@#$%^&** ko nie islam kew…

Reply

Bukan Ustask September 3, 2012 at 6:34 pm

!@#$%^&** = ?????? (tolong translet kawe tk tahu..)

Reply

FaiZ September 4, 2012 at 9:41 am

wei2, aku rasa ko silap nih…bukan gangnam..itu GANGBANG lah…try search google..

Reply

Vontiya September 3, 2012 at 8:32 am

Saya ni ambik taw jgk pasal K-pop stuff, thingy sume ni.
Pasal meaning gangnam = Saya ingin menjadi yahudi, jujur ckp, saya tak setuju, tapi lagu ni cite pasal keinginan dia nak hidup mewah, senang lenang and being a playboy.

Senang cite, lagu ni xde moral pon,
dengar pastu dh habis, xbyk sibuk nak dance xsenonoh cam binatang
cam dah xde segan silu langsung…
Bangga rakam masuk youtube segala…..

Reply

kiowa72 September 3, 2012 at 9:33 am

gangnam ni xde kene mngena dgn yahudi pon..

Reply

@re-p@i September 3, 2012 at 10:21 am

Hi, Kurang arif pasal maksud & x mengikuti K-Pop. Tapi itu hari tertengok Video Klip dr FLY FM yang tiru lagu ni. Rasannya tajuk KAMPUNG STYLE. Lagu ok, tp bila penyanyi & penari pakai baju melayu ngan baju kurung dok menari cam berok kena belacan, kat tengah2 shopping mall depan orang ramai, rasa macam x kena langsung. Baju Melayu ngan Baju Kurung kan baju kebangsaan. Seperti menjatuhkan maruah pulak.

Reply

Hafiz September 3, 2012 at 11:00 am

salam…info yg kamu dpt slh. Jgn sebarkan benda yg xmasuk akal hanya nak mempopularkan blog anda.

Reply

Bukan Ustask September 3, 2012 at 6:37 pm

mcm tak paham je bro???

Reply

identity September 3, 2012 at 12:38 pm

boleh percaya ke wikipedia tu….setahu sy wikipedia kurg tepat… =.=

Reply

Norman Ruzali Abdullah September 3, 2012 at 12:39 pm

Sy bukanlah peminat PSY ni tp apa yg paham maksud2 dlm lagu tu mengatakan bagaimana perempuan didaerah Gangnam siang harinya berkerja keras mencari rezeki bersama lelaki aka suami @ teman lelaki dan dimlm harinya mereka enjoy sakan dan bergaya dgn pakaian seksi. X de 1 ayat pun yg dlm lagu itu membawa maksud keagamaan ataupun menghasut kearah kerosakan akidah. Lagunya lebih menceritakan tentang wanita didaerah Gangnam yg bekerja keras disaianghari dan melaram dimalam hari. Jd jgn lah memandai utk menunjukkan bodo sendiri dgn mengatakan maksud Oppa Gangnam Style ( Cara Abg Gangnam ) Aku ingin jd Yahudi. Mmg penulis lirik/penyanyinya memdapat didikan di Boston Ins.of Music tp setahu sy beliau masih lg beragama Buddha. W/pun sy bkn minat dgn K pop ni tp biarla siasat dulu baru mengata ni main ikut jer tu pasal byk ajaran sesat yg ramai pengikutnya, org2 mcm ni la yg senang di pengaruh Apa2 hal siasat dulu paham dulu maksud barubuat andaian. Jgn krn nk popularkan blog sewndiri main reka2 jer serita.i

Reply

aku org September 5, 2012 at 3:13 pm

agreed!

Reply

tolong la September 10, 2012 at 12:38 pm

dia x ckp gangnam bermaksud ‘Saya Ingin Menjadi Yahudi’.tujuan dia post entry ni utk terangkan yg kenyataan tu slh. Bace Sampai Habis

Reply

Mocking_bird82 September 3, 2012 at 1:20 pm

Seriously , dulu kononnya game “pokcket monsters” pown ada controversi niyh… Malah maksud yg di beri pown sama jugak… Acaner tu..? Dan kenapa..? Tidak ke fikir tentang agama lg elok dari memikirkan berita yg sudah tentu tidak pastinya sebegini..? Betul ke berita ni legitimate..? Siapa yg nk sebar, sebarkan… Tapi jangan salahkan orang lain kalau anda sendiri dapat dosa akibat menyampaikan berita.. Agama lagi penting dr berita yg sudah tentu tidak pastinya..

Reply

Lil September 3, 2012 at 1:36 pm

haha, kesian penmerah. lepas aku tengok budak2 yg x paham artikel komen mengomen ni, nak tergelak pun ada.

what is reading comprehension?

Reply

Bukan Ustask September 3, 2012 at 6:40 pm

Haha sy pun perasan gak bro.. komen pun dh lari ke laut.

Reply

Khaleda September 3, 2012 at 2:51 pm

For me, this is just a stupid fake rumor. Gangname means town like Beverly Hills, Style is a trend, Oppa mean brother. Jadi, takde kena mengena dgn Saya Ingin Menjadi Yahudi.

Reply

Xbela mna2 pihak September 4, 2012 at 8:34 am

Assalammualaikum, org kafir ni otak geliga, mcm2 depa bole cipta, skarang ni jgn dok berkelahi.. 1 ja jgn spa2 nk dgr lagu kafir nie, dgr org bca quran pon dpt pahala, bole bwak bkalan kita msa akhirat nnti.. hiburan kta agungkan tpi bkan bole tlg kita pon, so jgn nk bela sgt kafir ni.. quran pon kita xpass nk ingt/bca, dh pndai nk bahas psai isu dunia.. klaw sapa2 tataw kebenaran hal nie lbih baek diam, klaw hgpa dok gado dpt pahala xpa gak, nie dosa yg dpt wat pa..yg taw psai nie hnyalah ALLAH dan mnusia yg mereka lgu nie..

Reply

budak_laser September 4, 2012 at 1:43 pm

pakai tudung litup dulu wahai pen merah. baru leh cite pasal yahudi.
betul kan diri awak tu dlu. ikut syariat Islam yg sebenarnye. baru lah orang akn ikut ckp awak.

Reply

ecceh September 4, 2012 at 4:59 pm

tu la bile org lain femes sket mula la macam2 keluar..ade je kite xpuas hati..kita ni umat islam xelok sebarkn fitnah tah betul ke tak bnde tu xde pon sumber2 yg boleh dipercayai semua kaki gosip je..lantak dorg la da org yg menyanyi nye pon kafir syurga dorg kat dunia ni yg kita ni umat islam jaga dulu ape yg kita buat apa yg kita sebarkan, kalau salah bnde tu fitnah namanya, dosa fitnah tu lg teruk dr membunuh..fikir2kan la ye kite sndri patut cermin dulu salah silap kita dr menuding jari kat org..kalau dlm IC je islam tp perangai bukan macam islam ape guna nya.. :)

Reply

edwan shaharir September 5, 2012 at 3:39 am

Dear Pen Merah

I wonder how many of the people who commented above actually read the entire article? Because it seems a lot of them just read the title, and hence, the general tone of the comments are saying:

“Gangnam does NOT mean saya jadi yahudi”

or

“Jangan ikut gangnam OMG yahudi tu!!”

So on one part are people condescending you by saying what you just said in the article because they didn’t actually bother reading, and on the other are the people who look at the title and instantly become evangelists.

Either, the article is saying what is fast becoming general knowledge: Malaysians are fast becoming blithering idiots who can’t think for themselves.

Reply

miera September 6, 2012 at 12:28 pm

bgi sya, xprlu letak halal atau haram lagu ni. kalo nk dgr, dgr laa, xde yg slh. sntuh bab trian yg xsopan, kalo nk mnari sgt, pi mnari dlm blik sorg2, xde org nmpk.trjaga ckit aurat tu..dh dgr azan, ttup radio pi amik wuduk n solat :) kalo
smpi mlalaikan, tu yg jdi haram.lgi stu, fhami mksud2 tu, jgn smpi prkataan2 xelok yg kita dok sbuk ikut nyanyi. chill lah, bla org tgur, tke it positif,..xyh tunding jari kat artis m’sia plak, kn? muzik xslah, bak kata USTAZ AZHAR IDRUS, jangan smpi jdi najis, :D D.

Reply

zzizie September 7, 2012 at 5:29 am

setuju. dengan pndapt kak pen merah. tapi,(ini mmg tadek kena mengena dgn entry) in my “directly opinion,” saya rasa macam tengok satu lawak bodoh yg langsung tak kelakar. itu pendapat saya. dan saya tau org lain mungkin fikir benda yg berbeza, dan peminat2 gangnam style ni,mohon jangan kecam saya ;)

Reply

pen hijau September 8, 2012 at 9:54 am

rahsia ini telah lama ku pendamkan tiba masanya segala-galanya ku ceritakan .
ku kan pergi . pergi ku tak akan kembali tiba masanya pergi lah kau cari teman pengganti ku .

Reply

pen kuning September 8, 2012 at 9:58 am

awak tu pen merah. . dalam gambar blog anda tu .pakai la tudung ia kalau tak ingat cina la tadi mula mula tengok . TAKKan nak tunggu seru kot ?? saya cuma sampaikan .. pasni ambil info pasal lagu happy birthday to you pulak ye .. ape maksudnye pulak

Reply

razzi September 9, 2012 at 11:55 pm

Jelas pandangan dan sy bersetuju untuk kebanyakannya. Golongan yang kononnya pertahankan Islam tetapi sering memalukan Islam dengan ilmu yang cetek kadangkala agak memualkan. Sy tak suruh org dengar atau ikut gangnam style tu tapi kalau nak suruh org jauhkan biarlah atas ilmu yang jelas. Terangkan bagaimana kandungan videonya berunsur lucah dan bertentangan dengan akhlak Islam. Mungkin ramai yang terasa dan marah tapi what 2 say. Jangan biarkan kita dimomokkan bayang2 dan tanpa mereka sedar mereka telah membesar2kan golongan kafir kononya orang kafir nie kalau korek hidung sekali pun boleh sampaikan dakwah kufur mereka … plsss … Islam berdiri atas ilmu yang jelas … memang niat dihati nak selamatkan ummat tapi kalau nak sebarkan apa2 biar berasas bukan beremosi … bukan korang jer Islam dan jgn buatkan Islam digambarkan dengan gambaran yang dangkal sebegitu. Sori agak kasar tapi sekadar luahan …

Reply

rahsia September 15, 2012 at 12:54 pm

bagus buat keje mcm ni…
biasalah lagu dah famous mesti ade org tak ske…ye pon tak yah lah ckp ‘mamat gemuk’…jgn asik nak cari ghaib org je…cube ade org kate minah gemuk kat awak,ape rase?
hish,tak yah ckp org..lepas ni pergi kedai cermin tempah cermin paling besar sampai nak patah tgn org tu buat cermin tu kay?
ok thank you..harap ambil perhatian..

Reply

sakan September 15, 2012 at 2:47 pm

lawak laa….alih2 org2 kita gaks yg bertelagah sesama sendiri….depa2 yg bergangnam ni tak rugi satu apa pun….. :-)

Reply

baju kurung moden October 24, 2012 at 4:39 pm

Definitely consider that which you said. Your favorite reason appeared to be at the net the simplest thing to take note of. I say to you, I certainly get irked whilst folks consider issues that they plainly don’t understand about. You managed to hit the nail upon the top as smartly as defined out the whole thing with no need side-effects , other people could take a signal. Will probably be again to get more. Thanks
baju kurung moden recently posted..1My Profile

Reply

jasa web pekanbaru November 7, 2012 at 8:54 am

setuju sangat

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post:

SKYBOX MURAH! MURAH! MURAH!