Salam.

Sudah tentu ramai di luar sana pernah melihat ada orang yang meletakkan anak patung di bawah pehadang belakang (bawah bumper belakang) kereta. Sebenarnya meletakkan anak patung bawah kereta adalah budaya orang Thailand. Mereka percaya roh orang yang mati kemalangan akan berlegar-legar di jalanraya tempat berlakunya kemalangan.
Tujuan utama pemandu-pemandu di Thailand menggantungkan patung di bawah kereta mereka kerana takut di ganggu oleh roh si mati terutamanya roh kanak-kanak yang mati dalam kemalangan. Jadi mereka memasang anak patung pada pehadang belakang kereta, supaya roh kanak-kanak tenang.
Trend ini dibawa oleh pemandu teksi Thailand yang mahu meletakkan roh lain (dengan meletak anak patung) supaya roh orang mati dilanggar tidak menganggu kereta mereka. Namun, sebagai umat Islam, kita harus sedar dengan isu sebegini. Firman Allah, mafhumnya: Maka barang siapa mengikuti petunjukKu maka ia tak akan sesat dan celaka. Dan barangsiapa berpaling tadah, tidak ingat kepadaKu maka baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan membangkitnya di Hari Kiamat dalam keadaan buta.” (Ta Ha : 123)
Sabda Rasulullah saw Bermaksud: “Siapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk sebahagian daripada mereka” (Riwayat Abu Daud).
Kesimpulannya janganlah mengikut sesuatu perkara tanpa sebarang usul periksa sama ada perkara berkenaan mengikut syariat islam atau pun tidak. Berhati-hatilah dengan perkara seperti ini kerana tanpa kita sedar kita telah mensyirikkan Allah s.w.t. Walaupun perkara seperti ini ada yang menyatakan karut dan mereka lebih mengikut trend yang sentiasa berubah-ubah mengikut zaman, adakah mereka pernah terfikir Al-Quran yang tak pernah luput dek zaman dengan di bandingkan dengan trend yang sentiasa bertukar. -MNH-

Sudah tentu ramai di luar sana pernah melihat ada orang yang meletakkan anak patung di bawah pehadang belakang (bawah bumper belakang) kereta. Sebenarnya meletakkan anak patung bawah kereta adalah budaya orang Thailand.
Namun begitu terdapat sebuah hadis yang memberitakan bahawa sesebuah rumah tidak akan dimasuki oleh malaikat jika terdapat anjing dan patung. Abu Talhah al-Ansari, ia berkata: Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Malaikat tidak akan masuk rumah yang di dalamnya ada anjing dan patung
(Riwayat Muslim).
Menurut ulamak, patung yang dimaksudkan ialah patung yang diletak atau digantung untuk tujuan perhiasan. Jika patung tersebut untuk dijadikan permainan maka ia dibolehkan. Perbuatan menggantung patung (berbentuk haiwan atau manusia) adalah menyerupai perbuatan agama lain yang menjadikan patung ini sebagai objek sembahan dan alat tawasul untuk memohon permintaan. Oleh sebab itu, bagi mengelakkan melakukan unsur-unsur syirik dan juga penghalang daripada malaikat rahmat masuk kedalam sesebuah tempat (malaikat maut tetap masuk), maka semua patung-patung yang dijadikan perhiasan tersebut perlu dibuang atau menjadi alat permainan sahaja.
P/s: Harap berguna untuk renungan semua.




{ 27 comments… read them below or add one }
Ooooo…baru tahu kenapa ada yang gantung patung. Thanks for the info!
yup.. same2.. kerap nampak awk komen lately.. tq ye
Pen Merah recently posted..Gantung Patung Belakang Kereta Boleh Jejas Akidah
Sentiasa tengok dan belajar dari blog yang terbaik!

Fareto recently posted..Jalan-jalan BAWA makan
Thank you for the info
oo..salu sy tertanya2 nape ada org gntung patung kt bwah bmper keta.mcm tu rpnye..ingtkn saje2,rpnya ad sbb..skrng bru sy tau..
Uiihh…bz sikit je da ade org amik gelaran sy…hehehe…
Betul tu…die same je mcm sial…jgn prcaye bnde tu…mnyebabkan pesong akidah…tq sis..
K baru tau…
NadyaBubble recently posted..Buat Intanku
memang byk gantung cmtu.. bukan setakat kereta persendirian, bas kolej jururawat pun ada..huhu..
Mama Hanim recently posted..Listen Let Me Speak Bawani Vs Sharifah (Video) Jom Tengok
orang thai gantung benda gitu tanda ada org mati..
meor recently posted..WAJIB TAHU “Kesalahan Semasa Solat Tanpa Kita Sedari”
hurm.. kadang2 kita kita buat sesuatu yang kita tak sedar kita telah menduakan Allah… jadi, kita kena berpatah balik dan memohon keampunan kepadaNya…
boni kacak recently posted..Boni Kacak VS Razi – Penyamun Inc.
oooo/////
faiz recently posted..Khas Untuk Kaki Tangan Kerajaan Sahaja
orang kita ni senang sangat terikut-ikut dgn budaya org lain tanpa ketahui asal-usul.
khairil recently posted..Pengalaman Tengok Orang Kena Rasuk Dan Kisah Seram Di UiTM Seri Iskandar
dulu selalu nampak,then now dah tak nampak da.maybe ramai da sedar..lain kali jangan pakat tiru je..kene tahu pe maksudnya dulu kan
MaYa Maswany recently posted..Kronologi Kerja
lah patut pon. .Nur rse pelik tgok ada by kete buat cam nie. .siap gantung kanak2 ribena. .
blog terbaik !!
hohoho.
baru tau.. tq for info <3 <3 <3
Pen Merah…. post yg ber info.. tapi yg sebelah kanan tu ada iklan tilik tapak tangan pun berapa ok. Itu pun tidak dibenarkan dalam Islam. plam-fortune
singgah sini. info bergun
mohon untuk, saya share.. nnti saya credit 

nuranis amar recently posted..Gantung patung belakang kereta boleh jejas akidah
dr dlu pikir knp dorng gntung cmni kt kreta, skrg bru tau. terima ksih utk info ni
ada gambar yang real dari thailand? nak tau jugak patung apa depa gantung xD
kalu patung yang dijadikan sebagai bantal tidur dibenarkn?
sebenarnya niat 2 yang penting..ada yang gantung sebab nampak comel pada kereta.contoh nye mcm ni la..budaya x pakai tudung ni budaya bukan islam..tapi org islam pun ikot x pakai.nampak mcm xde kaitan kan?tapi cuba pk btol2..ada kaitan nye 2..bila topik kita sekarang ni ‘ikot trend tanpa usul periksa’..yang aku cuba nak sampaikan kat sini..YANG PALING PENTING NIAT KITA..kalau niat just nak bg nampak cantik kereta xde masalah
kehidupan manusia adalah berpandukan Al-quran dan As-Sunnah..kdg kala perkara yang dilakukan itu tidak bermaksud mengikut fahaman yang disebutkan itu…selagi kita tidak berniat seperti yang dinyatakan adalah tidak salah…info ini sngt berguna….islam itu fleksibel..mudah lagi memudahkan….ingt..jangan dengan hanya melihat patung yg seperti terdapat didalam gambar diatas..kita telah mengadili seseorang…..:)
selalu sangat nampak..tapi tak pasti pula orang apa pemandunya.. ada juga perasan orang islam kita berbuat camtu..
baru paham maksud disebaliknya..
ooo fikir selama nie suka2 je…
thnk for info !!
thnk for info