0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

6 Kebaikan Jika Menangis Yang Perlu Korang Tahu

6 Kebaikan Jika Menangis

cry
Memang ada sikap seseorang yang mudah menangis. Selalunya menangis sering dikaitkan dengan emosi negatif.

Malah bagi persepsi orang ramai, selalunya menangis dikaitkan kepada sesuatu perkara yang kurang baik.

Walaubagaimanapun, sebenarnya ada kebaikannya pada kesihatan jika anda menangis.

Ini senaraikan 6 kebaikan jika seseorang itu menangis (Sumber: hanasuva)

1. Melegakan Stres / Tekanan

Ada kajian mendedahkan, jika kita menangis, ianya dapat membantu mengembalikan keadaan fizikal dan mental kita jauh lebih baik. Ia sekaligus melegakan anda dari tekanan.

2. Membuang Toksin Dalam Badan

Satu kajian mendapati air mata yang dihasilkan mengandungi toksin. Menangis juga boleh membuang toksin yang tekandung dalam tubuh.

3. Sanitiser Semulajadi

Air mata mengandungi enzim yang dipanggil lysozyme dan mempunyai ciri-ciri antibakteria. Ia sekali gus boleh menjadi sanitiser semula jadi di bahagian mata.

4. Merawat Mata Kering

Air mata secara semula jadi melincirkan mata. Ini menyebabkan mata akan sentiasa lembab dan tidak kering.

5. Meningkatkan Mood

Tangisan boleh membantu anda rasa lebih lega dan meningkatkan mood anda. Sewaktu menangis, tubuh mengeluarkan endorfin yang membuatkan emosi anda menjadi lebih baik.

6. Mengurangkan Murung

Satu lagi kebaikan menangis ialah mampu merawat kemurungan. Pakar psikologi mendedahkan, menangis boleh membantu seseorang melepaskan semua emosi negatif yang terpendam.

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas