0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Betulkah Tidak Boleh Minum Air Sejuk Selepas Makan? Ini Jawapan Doktor

air

Memang selalu kita dengar ada sesetengah orang berkata jangan minum air sejuk atau ais selepas makan makanan berlemak kerana lemak akan jadi beku dalam badan sehingga menyumbat laluan darah.

Perkara dijawab oleh Doktor Abd Ghani Hussain yang disampaikan oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad yang mana beliau mengesahkan perkara berkenaan tidak benar dan adalah mitos semata.

Menurut beliau, sistem badan manusia mempunyai satu sistem yang hebat yang dapat mengawal suhu dalam badan walau dalam keadaan apa sekali cuaca.

Jom kita baca.

Berkenaan memakan lemak dan minum air sejuk.

Ada orang beritahu saya yang kita tidak boleh minum air sejuk atau air berisi air batu selepas makan makanan yang berlemak. Katanya ia akan menyebabkan lemak itu beku dan akan menyumbat saluran darah kita.

Saya kata kepada kawan saya, Allah telah membuat satu sistem yang dinamakan “homeostasis” dalam bahasa perubatan moden. Homeostasis ialah sistem pengimbangan dalam badan dimana keadaan badan akan sentiasa berada dalam keadaan normal termasuk suhu badan kita.

Walau pun didedahkan kepada suhu yang sejuk, suhu badan kita akan tetap berada dalam lingkungan 36 – 37.5 darjah celsius. Jadi walau pun kita minum air yang ada air batu, suhu air itu akan ditingkatkan kepada suhu optima badan.

Jadi pembekuan lemak dalam badan kita tidak akan berlaku.

Keduanya, lemak diserap masuk ke dalam darah bukan dalam bentuk pepejal, ia diserap dalam bentuk molekul individu. Jadi proses pembekuan lemak tidak sama sekali akan berlaku didalam saluran darah.

Jadi jangan khuatir, nikmatilah air sejuk atau berair batu tanpa was-was

-Dr Abd Ghani Hussain

Diharap perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua. -PENMERAHDOTCOM

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });