0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Pengumuman Caj Wad Hospital Kerajaan Akan Dinaikkan 50% Mulai Januari 2017

hosp

Memetik laporan akhbar Kosmo, Kementerian Kesihatan Malaysia dijangka akan menaikkan caj wad dan rawatan di seluruh hospital kerajaan.

Kenaikan dikatakan sebanyak 50% dan akan bermula pada Januari 2017.

Kadar kenaikan caj baru berkenaan akan melibatkan pesakit-pesakit yang dirawat di kelas 1 dan kelas 2 sahaja.

Antara yang terlibat ialah rawatan untuk warganegara seperti bayaran wad am dan wad bersalin, rawatan pesakit ditahan dalam wad, fisioterapi, radioterapi dan nuklear, nefrologi serta psikiatri.

Sedikit berita melegakan, kenaikan itu tidak akan melibatkan pesakit warganegara yang memilih untuk dirawat di kelas 3, caj wad dan rawatan kekal dengan kadar lama.

Memetik laporan Astro Awani, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam telah mengesahkan kenaikan caj rawatan hospital kerajaan ini.

Kenaikan caj terbaru ini adalah kerana kos operasi hospital yang semakin meningkat

Ini katanya:

“Kali terakhir KKM melaksanakan kenaikan caj hospital kerajaan adalah pada 1982, iaitu 34 tahun lepas.

“Walaupun kita naik sedikit berbanding bayaran dulu, tetapi masih ada subsidi yang besar terhadap pesakit kelas 1 dan kelas 2.

“Tanggungjawab utama KKM adalah untuk pastikan bahawa kumpulan (masyarakat) miskin dan berpendapatan rendah yang datang ke sistem perkhidmatan awam tidak dikenakan apa-apa bayaran. Kita tidak lari daripada prinsip itu,”

Dianggarkan sebanyak 75 pe­ratus daripada 31 juta penduduk negara ini memilih hospital kerajaan bagi mendapatkan rawatan berbanding hanya 25 peratus yang memilih hospital swasta.

Ketika ini Malaysia mempunyai 143 buah hospital kerajaan de­ngan 41,389 buah katil manakala 183 buah hospital swasta dengan 12,000 katil.

Tambahnya lagi caj rawatan di hospital-hospital kerajaan masih rendah jika dibanding dengan negara-negara ASEAN lain. -PENMERAHDOTCOM

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });