0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Gigi geraham terserpih separuh

Salam,

Minggu lepas, entah macam mana boleh pulak gigi geraham terserpih masa tidur. Bangun pagi gosok gigi sekali terkeluar gigi yang terserpih tu. Tengok punya tengok, alahai ada separuh lagi yang belum keluar tapi dah bergoyang goyang.

Konon bajet budak budak punya version, bila pergi klinik mesti terus cabut. Lupa pulak rupanya bila dah besar, akar gigi geraham akan semakin besar jadi bila bergoyang, janganla kita pergi goyang goyangkan dan tarik nak bagi terkeluar semua sebabnya semua tu cuma boleh buat masa kita kecik jek! Sabar jelaa kan.

Dengan hapinya, aku pun pergi lah klinik nak cabut sekali kena surgery pulak. Sejam lebih bergelut dengan perasan takut. Err did i mention takut? Sebenarnya aku ni penakut nak cabut gigi tapi sebelum ni berjaya atasi rasa takut lepas cabut gigi.  Itu sebabnya yang kali kedua, aku berani pergi klinik tanpa banyak alasan. Kalau tak, mesti aku sanggup tahan sakit dari jumpa doktor. Konon dah tak takut nak cabut gigi sangat.

Masa surgery tu, berlinang jugak air mata walaupun dah tahan taknak rasa sakit tapi mungkin payah sangat nak cabut kot, doktor tekan agak kuat untuk grab gigi dan pusing pusing sisa baki gigi macam pusing skru jek aku rasa. Sakitnya sampai banyak kali doktor tanya, are u okay? Kalau sakit, let me know! Dalam hati, bila nak siap niiiiiiii, tak tahan weiii! haha, Tapi aku cuma tahan jekla kalau tak, mesti lagi lama dalam tu. Dah tercabut, time tu laa kena jahit gusi sebab banyak pendarahan. Seharian tu, aku tak makan dan gusi berdarah sampai tengah malam. Last time, aku cabut geraham, sejam lepas tu darah dah takde, boleh cabut kapas putih dengan senang hati tapi kali ni, 2 hari aku guna kapas tau.

Berkumur? Doktor cakap 3 hari tak boleh berkumur sebab takut darah beku tanggal tapi takutnya pasal aku extend sampai 5 hari. Punya penakutkan. Bukan apa darah pun stop lambat risau jugak karang kena pergi jahit ke apa, aku jugak yang sakit ye dak? 2-3 hari tu, aku pulun makan aiskrim berbekas bekas dengan minum ais non stop. Sekarang, alhamdulillah dah surut pun bengkaknya tapi benang tu belum tertanggal lagi. Hopefully, cepat recoverrrr!

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });