0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Masih Ingat Kanak-Kanak Yang Kuat Merokok Sampai 40 Batang Sehari? Ini Gambar Terkini Selepas 6 Tahun

Masih Ingat Kanak-Kanak Yang Kuat Merokok Sampai 40 Batang Sehari? Ini Gambar Terkini Selepas 6 Tahun

ro

Pada tahun 2010, dunia dikejutkan dengan pendedahan seorang kanak-kanak berusia 2 tahun yang menjadi perokok tegar.

Ketika berumur 2 tahun, kanak-kanak lelaki bernama Ardi Rizal menjadi viral kerana mengalami ketagihan terhadap rokok yang teruk.

Ardi Rizal berasal dari Indonesia dan menjadi terkenal di seluruh dunia kerana tabiat buruknya yang kuat merokok.

Ketika kaank-kanak lalu kuat minum susu, Ardi Rizal pula kuat merokok sehingga 40 batang dalam masa sehari.

Untuk pengetahuan, setelah 6 tahun berlalu, Ardi kini akhirnya dapat berhenti dari merokok.

Ini merupakan hasil dari program pemulihan yang diaturkan oleh kerajaan Indonesia.

Kes Ardi itu menyebabkan pihak kerajaan membuka mata dan melancarkan kempen untuk menghentikan tabiat merokok dalam kalangan kanak-kanak.

Ardi telah membuktikan dia mempunyai semangat juang yang tinggi dan kini telah berjaya membuang tabiat tersebut.

Di umur 8 tahun, Ardi kini telah berjaya berubah menjadi lebih sihat. -PENMERAHDOTCOM

ardi-1

ardi-2

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas