0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Petua Hilangkan Rasa Sakit Gigi

gigi

Petua Hilangkan Rasa Sakit Gigi l Sakit gigi memang menyeksakan tambah lagi kalau orang penakut macam aku ni. Selain daripada mendapatkan rawatan perubatan dengan doktor gigi, apa kata cuba beberapa petua berikut untuk meredakan sakit gigi.

*Makan buah belimbing buluh bersama sedikit garam.

*Campurkan sedikit cuka dalam segelas air suam. Gunakan air ini untuk berkumur. Amalkan tiga kali sehari sehingga rasa sakit hilang.

*Kunyah sedikit kapur sirih pada gigi yang sakit sehingga lumat. Amalkan sehingga rasa sakit gigi hilang.

*Gigit tiga kuntum bunga cengkih pada gigi yang sakit. Jika gigi berlubang, tumbuk bunga cengkih dan isikan ke dalam lubang gigi dan tutup dengan kapas.

*Untuk gigi berlubang, ambil getah pada tampuk buah betik muda dan sapukan pada gigi yang sakit dengan putik kapas.

*Untuk gigi geraham berlubang, tumbuk seulas bawang putih hingga lumat dan masukkan sedikit cuka. Masukkan bahan tadi ke dalam lubang gigi.

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas