0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Tikar Beracun, Boleh Akibatkan Kanser

tikar

Sejenis tikar yang murah dan cantik dengan dihiasai pelbagai tulisan dan gambar cukup untuk menarik perhatian pelanggan membelinya terutama untuk kanak-kanak.

Tikar ini juga ringan, mudah dibawa dan yang penting harganya amat berpatutan, hanya rm10-rm50 sahaja bergantung keoada saiz.

Namun melalui laporan akhbar Metro, tikar tersebut sebenarnya agak bahaya dan beracun kerana kandungan bahan kimia pada tikar itu tidak pernah diketahui umum.

Malah dikatakan bahan kimia itu boleh mengakibatkan kanser payu dara kepada wanita dewasa, mengganggu sistem pembiakan, hormon dan membantutkan pertumbuhan kanak-kanak.

Dua bahan berbahaya dikenali sebagai Phtthalate dan Bisphenol A (BPA) paling banyak digunakan dalam menghasilkan tikar berkenaan walaupun ia sudah diharamkan penggunaannya di banyak negara kerana memberi kesan sampingan.

Terdapat laporan mengaitkan bahan berkenaan juga boleh menyebabkan kegemukan atau obesiti sertap enyakit diabetes kepada kanak-kanak.

Kedua-dua bahan ini adalah bahan kimia yang terdapat dalam banyak penghasilan produk isi rumah. Antara produk dihasilkan ialah pembungkusan bekas makanan dan minuman, losen, barang mainan, lantai PVC plastik dan paip air. Bahan itu juga diharamkan di banyak negara maju termasuk Kesatuan Eropah.

Pakar Toksikologi PUsat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Prof Dr Mustafa Ali Mohd berkata, pengguna sebenarnya tidak menyedari risiko bahaya kimia itu kerana kandungan sebenar pada tikar berkenaan tidak pernah didedahkan.

Tambahnya, satu lagi bahan yang boleh mengancam keselamatan pengguna ialah lukisan dan gambar pada tikar berkenaan kerana tidak mengetahui jenis pewarna yang digunakan sama ada berkualiti dan daripada jenis yang diluluskan oleh kementerian ataupun tidak.

Dr Mustafa berkata, bahan berkenaan berkemungkinan besar meresap masuk ke dalam tubuh kanak-kanak menerusi liang rongga kulit tangan yang basah dan kulit paha serta lutut setelah bersentuhan terlalu lama pada tikar itu.

Ini komennya: (sumber: Metro)

“Boleh dikatakan 100% barangan plastik mengandungi Phthalates. Bahan ini berfungsi untuk melembutkan plastik yang keras.

“Sesetengah plastik pula mengandungi Bisphenol A yang sebelum ini banyak digunakan dalam pembuatan botol susu tetapi sudah diharamkan penggunaannya.

“Dua bahan ini diketahui terdapat banyak dalam penghasilan barangan plastik,”

“Tetapi, seperti yang kita ketahui kebanyakan pewarna yang digunakan adalah daripada jenis yang murah dan tidak selamat yang sudah tentu mendatangkan kesan penyakit kepada pengguna.

“Paling berisiko dengan bahaya ini ialah kanak-kanak kerana mereka adalah pengguna paling tinggi tikar itu yang dijadikan sebagai pengalas tempat duduk dan bermain,”

“Kadang-kadang kanak-kanak tidak memakai baju dan hanya memakai lampin pakai buang ketika bermian di atas tikar berkenaan. Ini memudahkan bahan terbabit menyerap masuk ke dalam badan mereka.

“Bahan-bahan itu mudah larut ke dalam lemak badan kerana sifat kulit manusia yang berminyak membolehkan ia menyerap masuk,” -PENMERAHDOTCOM

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });