0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Derita 6,000 tumor tumbuh seluruh badan

kutiiil

Di Amerika Syarikat, seorang wanita telah menderita penyakit kulit yang jarang berlaku.

Elizabeth Huffer yang berumur 44 tahun menghidapi 6,000 tumor seperti kutil yang tumbuh di seluruh badanya.

Wanita ini kini memohon bantuan untuk membuang masalah kulit itu kerana sering dibuli malah dia juga terpaksa menukar namanya.

Elizabeth disahkan menghidap neurofibromatosis (NF) tahap 1 ketika berusia lima tahun, namun hidupnya berubah ketika remaja selepas ratusan tumor mula tumbuh di seluruh badanya.

Keadaan bertambah buruk selepas ketulan tumbuh di muka sehingga ke kakinya dan mengalami sakit kronik.

Pembedahan yang dilakukan sebelum ini gagal malah lebih banyak tumor tumbuh kembali selepas menjalani 10 pembedahan untuk membuangnya.

Ini komennya:

“Tumor boleh tumbuh di mana-mana saraf badan saya. Ia tumbuh lebih 5,500.

“Ketulan menyebabkan rasa sakit sepanjang masa sekaligus menjadikan sukar untuk tidur, walaupun saya mengambil 13 ubat yang berbeza,”

Dia dikatakan sering dibuli dan terpaksa menukar nama Elizabeth kepada Libby.

Aspek kehidupan wanita ini juga terjejas terutamanya dalam komunikasi seharian, mendapat pekerjaan serta pasangan.

Selepas 10 kali gagal pembedahan, wanita itu mula mengumpul wang untuk menjalani pembedahan electrodessication yang menggunakan arus elektrik untuk membunuh tisu neurofibroma dalam badannya.

Rawatan pakar itu adalah untuk memusnahkan keseluruhan ketulan berkenaan dan dijangka mengambil masa lima jam. -PENMERAHDOTCOM

kutil

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });