0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

10 Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Julia Ziegler

jz

Pelakon berdarah campur, Julia Ziegler kini telah sah bergelar isteri kepada seorang jurutera mekanikal bernama Johan.

Julia dan juga Johan dikatakan telah berkenalan selama setahun dan akhirnya disatukan pada hari ini.

Pelakon jelita ini kini berumur 32 tahun manakala Johan tua setahun iaitu berumur 33 tahun.

Majlis berlangsung pada jam 11 pagi di rumah keluarga pengantin perempuan di Kampung Baru dengan disaksikan keluarga terdekat.

Julia menerima mas kahwin RM80 dan 7 dulang hantaran berbalas jumlah sama.

Pihak keluarga sebulat suara untuk merahsiakan jumlah wang hantaran.

Ini komen Julia:

“Alhamdulillah segala-galanya berjalan lancar. Terima kasih dan semoga fasa baharu ini akan terus memberi keindahan berpanjangan,”

“Beliau lelaki yang satu kepala dengan saya dan antara kami pula memang cepat serasi. Mungkin kerana masing-masing berdarah campuran dan berfikiran terbuka, jadi senang untuk kami saling memahami.

“Saya percaya, beliau jodoh terbaik untuk saya dan memang membuatkan saya amat gembira saat ini. Muka kami pun hampir sama, sehinggakan ada yang menyangka beliau abang saya,”

Tambah Julia, Johan banyak mengubah kehidupannya sejak mereka saling mengenali.

Tahniah diucapkan kepada Julia dan juga suami. -PENMERAHDOTCOM

cats7

cats9

cats10

cats22

cats24

cats25

cats26

cats27

cats28

cats29

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });