0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

38

Putus Cinta: Sherry anggap ia sudah tertulis “Ia sudah tertulis, benda dah jadi, tak ada apa yang perlu dipersoalkan, kerana persoalan itu seolah-olah kita tak reda.

“Setiap orang ada cara dan pendapat masing-masing, bagi saya apa yang berlaku sebahagian daripada kehidupan, ” kata pelakon dan penyanyi Sherry Ibrahim ketika dihubungi PenMerahDotCom semalam. Sherry berkata demikian ketika menjawab persoalan mengenai hubungannya bersama pelakon Fattah Amin yang putus di tengah jalan kira- kira dua minggu lalu.

Menurutnya dia reda dengan apa yang berlaku dan yakin ada hikmah di sebaliknya. Enggan mengulas lanjut mengenai kegagalan untuk menyelamatkan hubungan yang terjalin kira- kira dua tahun itu, Sherry mengakui merasa kehilangan namun tidak mempengaruhi emosi dan perkembangan kerjaya seninya. “Memang rasa kehilangan sebab sebelum ni kami selalu jumpa, tapi tak ada masalah, kita doakan yang terbaik,” katanya.

 

Sherry yang sedang menjalani menggambaran drama bersiri 13 episod Tuhan Jagakan Dia untuk terbitan Channel HD mengakui menerima beberapa tawaran namun tumpuannya kini kepada pelancaran single pertamanya Seikhlas Cinta dan pelancaran produk yang akan dilancarkan pada 25 Ogos ini. Menyentuh mengenai penampilan terbarunya, Sherry berkata, dirinya kini lebih bagaikan ada garis panduan walaupun masih banyak yang perlu dipelajari.

 

“Sherry masih lagi dalam proses belajar, banyak yang kena tahu, dan banyak yang perlu dijaga, tapi Sherry cuba buat yang terbaik. Sebelum bertudung tak berapa sensitif dalam bab- bab tertentu, tapi lepas bertudung Sherry lebih sensitif dan berhati-hati, sentiasa peka dengan apa yang boleh dan tak boleh, “katanya. Bercakap mengenai pemilihan watak pula, Sherry mengakui dia kini lebih selektif dan mengelak dari melakukan adengan bersentuhan dengan artis lelaki.

 

“Sherry pun dah bagitahu produser awal- awal, mereka faham, sebab kalau boleh Sherry nak elak adengan-adengan bersentuhan, dan kalau watak yang perlu bersentuhan pun biarlah berlapik,” katanya

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });