0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

(4 Gambar) Syamsul Yusof Patah Tulang Bahu Ketika Berlakon Filem

sya

Pelakon hebat Syamsul Yusof telah tercedera ketika berlakon dalam satu filem.

Ketika itu, Syamsul sdang membuat satu aksi yang melibatkan letupan untuk filem Makrifat Cinta.

Ini komen Syamsul:

Bagaimana Kejadian Berlaku

“Sebenarnya aksi yang saya lakukan itu tidaklah susah dan biasa dilakukan dalam beberapa filem lakonan saya sebelum ini seperti dalam KL Gangster. Ia babak yang tidak memerlukan pelakon lagak ngeri.

“Saya sedang melakonkan aksi melutut di tanah dan di hadapan saya pula pelakon Nora Danish yang sedang terbaring.

“Ketika berlaku aksi letupan di belakang, impak itu membuatkan badan saya melambung ke hadapan dan saya pula sempat mengelak daripada terjatuh menghempap Nora.

“Pergerakan badan saya tidak begitu stabil, menyebabkan bahu saya terjatuh terlebih dulu. Ia menyebabkan rasa sakit yang amat sangat,”

Dibawa Ke Hospital

“Malam tadi, sakit di bahu makin terasa dan hari ini, saya sekali lagi ke hospital untuk melakukan x-ray kerana bimbang berlakunya kecederaan lebih teruk.

“Doktor mengesahkan bahu saya patah dan retak di belah kiri. Sepatutnya saya direhatkan di hospital, tetapi saya meminta izin untuk berehat di rumah saja. Saya turut dinasihatkan agar tidak melakukan banyak pergerakan,” katanya.

Sambung Berlakon

“Penggambaran baru saja bermula 12 hari lalu dan saya masih mempunyai dua minggu lagi untuk dihabiskan. Kalau keadaan bertambah baik, insya-Allah saya akan meneruskan kerja saya dan sekiranya tidak, terpaksalah saya mengambil cuti panjang sikit,”

Semoga Syamsul sihat selalu. Berhati-hatilah ketika berlakon ye. -PENMERAHDOTCOM

syamsul-cedera-1

syamsul-cedera-2

syamsul-cedera-3

syamsul-cedera-4

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });