0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Adira Beri Kebenaran Dato Red Kahwin Sampai Empat

adr

Penyanyi popular Adira kini sering dihimpit kontroversi yang berkait dengan suaminya Dato Red. Yang terbaru tentunya isu Dato red merangkul pinggang Ruhainies.

Kemudian, apabila ditanya, Dato Red tanpa berselindung ada memberitahu dia sememangnya mahu berkahwin lagi.

Sehubungan dengan itu, Adira tampil memberi komen dan setuju memberi kebenaran suaminya itu berkahwin lain namun syaratnya mestilah adil dan mampu menjaga kesemua isterinya dengan baik, itu syaratnya.

Jom baca komen Adira: (KOSMO)

“Saya tidak ada masalah jika dia ingin berkahwin tiga atau empat sekali pun. Janji, dia boleh jaga semua isterinya dengan baik. Jangan kahwin selagi tidak boleh berlaku adil,”

“Sebagai isteri dan ketika itu sedang mengandung, bila dapat tahu mengenai video tersebut, tipulah kalau saya tak sakit hati tetapi bila tahu cerita sebenar kenapa benda itu terjadi, saya sudah okey.

“Urusan saya dengan Ruhainies juga sudah selesai. Saya tidak marah atau simpan apa-apa. Biarlah apa yang terjadi di antara saya, suami, madu dan Ruhainies menjadi simpanan saya sahaja,”

“Lagi elok saya jaga diri sendiri daripada memikirkan orang akan menjaga kita dan memberi sepenuh perhatian kepada kita.

“Perempuan zaman sekarang kena ada perancangan masa depan. Kena ada simpanan sendiri kalau-kalau terjadinya sesuatu di kemudian hari. Kita tidak boleh mengharapkan orang walaupun dengan suami sendiri. Kita juga kena bekerja sendiri. Orang lain mungkin tak ikhlas menjaga kita seperti mana diri kita sendiri,” -PENMERAHDOTCOM

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });