0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Along Cham Dan Zila Seeron Cerai Talak Satu

xxx

Setelah pelbagai kontroversi melanda, pelawak Along Cham akhirnya menceraikan isterinya Zila AF.

Along kini sah bercerai talak satu dengan isterinya, Zila Seeron di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari hari ini.

Along melafazkan talak satu itu di hadapan Hakim Syarie Abd Halim Abu Samah selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai difailkan Along selaku plaintif, pagi ini.

Along memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Hakim kemudian mensabitkan berlaku perceraian dengan talak satu dan memerintahkan Zila menjalani tempoh edah selama tiga bulan, mendaftarkan perceraian mereka di pejabat agama daerah Petaling dan sijil nikah dibatalkan.

Pasangan itu bernikah pada 23 Januari 2010 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Ahmad Danial, 5 tahun.

Takziah buat pasangan ini. -PENMERAHDOTCOM

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });