0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Ameng Tak Ada Semangat Teruskan GV3, Hairan Masih Belum Tersingkir

ameng

Sekali lagi terlupa lirik, Ameng mengatakan dia hairan masih kekal di Gegar Vaganza musim ketiga.

Ameng menjangkakan namanya akan diumumkan sebagai peserta tersingkir malah sudah bersedia meninggalkan pertandingan itu.

Namun, Shidi dari kumpulan Data akhirnya tersingkir.

Ini komen Ameng:

RASA HAIRAN

“Saya sendiri pun hairan kenapa saya masih belum tersingkir walaupun sudah dua kali saya buat kesilapan lupa lirik sebelum ini.

“Sebenarnya minggu ini saya sudah agak akan terkeluar kerana kesilapan lupa lirik tetapi nampaknya rezeki saya masih di sini untuk bertanding,” katanya kepada mStar Online.

KENAPA LUPA LIRIK?

“Saya ingat lirik lagu itu tetapi mungkin kerana sikap tidak ambil berat dan ambil mudah menyebabkan saya jadi lupa.

“Ia bukan kesalahan orang lain sebaliknya kelemahan itu adalah daripada diri saya sendiri dan sebab itu saya pelik apabila masih bertahan,” katanya.

TERTEKAN, STRESS

“Jujurnya sebelum menyertai GV3 hidup saya tenang tetapi sekarang saya sering tertekan mungkin kerana faktor usia dan tidak lagi mampu bekerja terlalu keras.

“Saya yakin akan melakukan kesalahan sama lagi selepas ini kerana saya tahu kemampuan saya berada di tahap mana sekarang.

“Komitmen lain dan jadual padat setiap hari turut menambahkan tekanan sehingga saya berharap terkeluar kerana ingin meneruskan kehidupan,”

TAK PUTUSA ASA

“Seperti peserta lain saya juga ingin bergelar juara cuma apabila ia mendatangkan kesusahan kita harus tahu bila hendak berhenti.

“Tetapi saya tidak pernah berputus asa dalam hidup dan peluang meneruskan perjuangan dalam GV3 akan tetap saya teruskan,”

Ameng kini merupakan antara 8 peserta yang masih menyertai Gegar Vaganza. Pada Ahad yang lalu Azharina muncul penyanyi terbaik. -PENMERAHDOTCOM

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });