0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Awal Ashaari Dedah Masalah Lara Alana, Alami Masalah Lambat Bercakap

Awal Ashaari Dedah Masalah Lara Alana, Alami Masalah Lambat Bercakap

awal

Antara anak selebriti paling popular di Malaysia merupakan anak kepada Awal Ashaari dan juga Scha Al Yahya yang bernama Lara Alana.

Lara merupakan satu-satunya bayi yang mempunyai rancangan realiti TV sendiri.

Dalam perkembangan terbaru, Awal Ashaari telah berkongsi masalah yang dialami oleh Lara.

Kanak-kanak comel ini didapati mengalami masalah lambat bercakap.

Ini komen Awal:

“Kami banyak bercakap dengannya cuma terlalu banyak bahasa yang digunakan. Saya cakap Melayu dan Inggeris.

“Pembantu rumah saya memang cakap Inggeris saja tak pandai cakap Melayu. Mak mentua saya cakap Kedah, mak saya guna bahasa biasa.

“Jadi banyak sangat bahasa yang dia dengar. Mungkin itu menyebabkan dia lambat bercakap”

Bagaimanapun, Awal Ashaari berkata anaknya itu sihat dari segi fizikal dan tiada masalah kesihatan.

“Dari segi ketinggian, dia sudah 90 peratus lebih daripada kanak-kanak biasa. Berat badannya pula sudah 60 peratus lebih daripada budak seumurnya. Bila saya hantarnya ke sekolah, kawan-kawannya masih kecil tetapi dia sudah besar.”

Apapun Lara Alana memang comel dan mempunyai ramai peminat. Follower IG milik kanak-kanak ini juga sudah mencecah 2 juta pengikut. Memang hebat-PENMERAHDOTCOM

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });