0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

(Salah Asuh Anak) Awal Ashaari Dimarahi Peminat Lara Alana

aw

Awal Ashaari akui sering dimarahi oleh peminat Lara Alana jika mereka merasakan dia salah mengasuh anaknya itu. Awal berkata peminat akan memberi komen yang menegurnya dan memarahinya jika perbuatannya kepada Lara dilihat tidak betul.

Namun bagi Awal Ashaari itu semua lumrah sebagai selebriti dan merasakan mungkin ramai yang menyayangi anaknya itu yang menyebabkan mereka mengambil berat.

Awal Ashaari sedikitpun tidan terkesan dengan komen-komen yang memarahinya tersebut.

Ini komennya:

“Kadang-kadang ada yang marah-marah dan bagitahu sesuatu cara yang saya lakukan adalah salah dan jangan buat begitu. Mereka terlalu perihatin dengan apa sahaja yang saya buat terhadap Lara.

“Saya tidak rimas tetapi bersyukur kerana ramai yang sayangkan dia. Cuma saya sedar dalam ramai-ramai ada juga yang tidak sukakan dia, biasalah tidak semua orang suka cara kita,”

Lara Alana bakal muncul dengan program realiti TV terbaru yang diberi judul Lara Oh Lara (LOL). Lara merupakan kanak-kanak pertama di Maalysia yang mempunyai rancangan realiti tv sendiri.

Awal Ashaari dan Scha Al Yahya akui berasa gementar untuk melihat reaksi dan maklum balas orang ramai tentang rancangan realiti tv anaknya itu. LOL akan keudara di Astro Ria jam 9malam setiap hari Rabu. -PENMERAHDOTCOM

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });