0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Bekas Calon Suami Fara Fauzana Nafi Dah Kahwin

haf

Mohamed Hafiz, bekas calon suami Fara Fauzana telah membuat kenyataan dan mendedahkan dia tidak pernah berkahwin seperti didakwa sebuah akhbar.

Katanya lagi, dia juga tidak pernah merahsiakan status dirinya kepada Fara Fauzana sejak mereka mula berkawan.

Sementara itu, Hafiz juga menjelaskan ketidakhadirannya pada majlis sidang media pengumuman perkahwinan mereka pada 1 Ogos lalu adalah atas persetujuan bersama dengan Fara untuk melindungi privasi keluarganya.

Ini komennya:

“Saya ingin menjelaskan bahawa saya tidak pernah berkahwin dan saya tidak pernah merahsiakan tentang status perkahwinan kepada Fara.

“Selain itu, status tersebut juga bukanlah punca perkahwinan tersebut dibatalkan. Jika hendak tahu tentang sebab sebenar anda perlu bertanya sendiri dengan Fara,”

“Saya minta maaf kepada yang terkesan dengan apa yang berlaku dan saya juga meminta agar pihak media menghormati privasi saya dan keluarga.

“Saya juga terkesan dengan pembatalan perkahwinan kami dan minta diberi ruang untuk diri kembali seperti biasa,”

Hafiz mengakui kini amat tertekan dengan situasi yang melanda dirinya. Dia meminta ruang privasi untuk menenangkan perasaan. -Penmerahdotcom

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });