0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Bekas Suami Dedah Perangai Buruk Elly Azmi Yang Mengejutkan Ramai

eli

Oleh kerana tak tahan dengan tuduhan dibuat Elly Mazlein dan dikecam orang ramai, bekas suami Elly, Azmi Hatta akhirnya tampil membuat kenyataan rasmi.

Azmi dengan tegas mengatakan punca penceraian dia dengan Elly MAzlein itu adalah kerana sikap cemburunya yang keterlaluan dan melampaui batas.

Cemburu buta Elly Mazlein itu membuatkan dia mula berubah hati

Satu sidang media telah dibat oleh Azmi Hatta di Taman Tasik Titiwangsa hari ini,

Ini untuk menjelaskan beberapa isu tentang perceraiannya dengan pelakon Elly Mazlein.

Dalam sidang media berkenaan, Azmi turut menunjukkan akuan bersumpah setebal kira-kira 20 muka surat yang mendedahkan kemelut rumah tangga yang dilaluinya bersama Elly Mazlein.

Azmi Hatta sebelum itu telah membuat akuan bersumpah yang ditandatangani Pesuruhjaya Sumpah, Samsiah Ali di Jalan Ipoh bertarikh 17 Oktober 2016.

Ini komennya:

ELLY CEMBURU TERUK

“Elly seorang yang terlalu kuat cemburu orangnya, awal hubungan kami bercinta lagi sudah timbul konflik cemburu kerana dia menuduh saya berlaku curang dengan pelakon yang menjayakan drama saya.

“Hampir semua projek drama yang saya arahkan menjadi isu pertengkaran kami, selagi ada watak perempuan lebih cantik dan seksi pasti saya akan dituduh curang.

CEMBURU DENGAN NELYDIA SENROSE

“Sehingga sampai satu tahap dia menyerang saya di lokasi gara-gara cemburu dengan Nelydia Senrose yang ketika itu menjadi pelakon utama,”

“Kami tidak henti bertengkar, dia melemparkan kata-kata kesat biarpun saya sudah bersumpah dengan nama Allah (terhadap sesuatu perkara).

ELLY TUMBUK DALAM KERETA

“Baju saya ditarik sehingga koyak, Elly juga menumbuk, memukul malah sampai tahap sepak terajang saya di dalam kereta ketika dia datang menyerang di lokasi semata-mata cemburukan Nelydia,”

BAPA ELLY CADANG PERPISAHAN

“Bapa Elly sendiri mencadangkan kami berpisah dan Elly bersetuju kami berpisah secepat mungkin. Selesai perbincangan itu Elly pantas mengambil kain baju saya lalu meletakkan di luar pintu rumah. Sejak itu saya jarang berhubung dengan Elly,”

AKAN JUMPA ANAK KALAU ELLY BERUBAH

Sementara itu, ditanya soal penjagaan anak, Azmi berkata dia akan bertemu anak  jika Elly berubah sikap dan menerima kenyataan.

“Saya harap dia berubah dan tidak melakukan provokasi atau menyindir saya sehingga saya berasa tidak senang untuk melawat anak saya,”

Pengarah itu sebelum ini pernah berkahwin Wan Zolofia Wan Kassim dan dikurniakan dua anak lelaki.

Kemudian Azmi Hatta berkahwin dengan Elly pada 9 November 2014.

Pasangan ini bercerai pada 15 Oktober 2015 ketika wanita itu hamil empat bulan. -PENMERAHDOTCOM

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });