0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

‘Berubah Bukan Untuk Promosi Diri & Publisiti’ – Natasha Hudson

nh

Natasha Hudson kini telah menjadi tumpuan keraan sering memakai tudung labuh dan juga yang terbaru tampil berniqab atau berpurdah.

Pelkoan ini menyifatkan keputusannya untuk berniqab sebagai penghijrahan diri ke arah kebaikan yang tidak perlu publisiti.

Natasha juga enggan mengulas lanjut mengenai penampilan terbaharunya yang dimuat naik menerusi laman sosial, Instagram, baru-baru ini.

Katanya lagi, cukup segala keterangan yang ditulisnya dalam laman sosial itu mengenai niatnya yang mahu lebih mendekatkan diri kepada Allah.

Ini kenyataannya:

“Jika ingin bertanya mengenai perubahan diri saya, rasanya tiada apa yang perlu diulas lagi. Segala-galanya sudah saya kongsi menerusi blog. Saya berubah bukan untuk mempromosikan diri, malah tidak perlu memberitahu satu dunia setiap langkah yang dibuat.

“Lagipun, saya sudah tidak lagi berada dalam limpahan cahaya dunia hiburan,” katanya kepada BH Online. Dalam kenyataannya di laman Instagram, ibu kepada tiga cahaya mata iaitu Neesa Helena, Naeema dan Faatimah ini meluahkan keinginannya untuk menyucikan hati dan jiwa berpandukan kepada kitab Allah.

“Saya mungkin tidak mempunyai kekayaan dunia, tetapi saya mempunyai kotak tersembunyi yang penuh dengan buku berharga (merujuk kepada buku keagamaan dan al-Quran). Saya boleh lemas dalam lautan pengetahuan dengan semua ini.

“Ke mana kita fikir hala tuju nanti, jika kita tidak mencuri masa untuk menyerap semua ini sekali gus dapat mencantikkan hati dan menggilap jiwa ini,”

Natasha telah berkahwin dengan Carleed Khaza dan mengumumkan untuk berhijab sejak empat tahun lalu.

Kali terakhir, Natasha muncul membawakan watak pembantu dalam filem komedi, Mamak Cupcake bersama Shaheizy Sam dan Siti Saleha yang ditayangkan dua tahun lalu. -PENMERAHDOTCOM

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });