0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Bos Atikah Suhaime, David Teo Buka Mulut Beri Komen

david-atikah

Berikutan tersebarnya foto Atikah Suhaime bersama Idris Khan, Ketua Pegawai Eksekutif MIG, David Teo yang juga bios kepada Atikah Suhaime tampil memberi komen.

David Teo memberitahu pihaknya kini berusaha sedang mengumpul bukti bagi mencari dalang disebalik penyebaran gambar pelakon itu dan percaya Atikah adalah mangsa aniaya.

Ini komennya:

“Saya bersimpati dengan nasibnya kerana perlu berdepan kembali kontroversi lama. Saya akan memastikan individu yang berhati busuk itu dikenakan tindakan sewajarnya. Buat masa ini ,saya dan pihak pengurusan MIG sedang mengumpulkan bukti bagi mencari siapa yang menjadi dalang. Sama ada kontroversi ini benar atau tidak, dia perlu berhati-hati dalam berkawan.

“Isu sama sebelum ini pernah dikaitkan dengan Atikah, ia seakan dirancang dan disengajakan bagi memusnahkan kerjaya seninya yang sedang meningkat. Tidak kira di mana saja individu itu berada, sama ada dalam atau di luar negara, dia perlu bertanggungjawab di atas tindakan tidak bermoral yang dilakukannya,”

Pihak MIG masih bertimbang rasa dengan kontroversi melanda Atikah dan tidak merancang untuk menamatkan kontrak beliau.

Bagi David, beliau yakin Atikah tidak bersalah dan telah dianiaya kerana ia bukanlah kali pertama berlaku. MIG kini masih dalam siasatan tentang kontroversi ini. -PENMERAHDOTCOM

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });